Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Nabil Ahmad Labur RM500,000 Bina Madrasah untuk Ibu di Negeri Sembilan

ROSTAM, Mohamad Firdaus
17 Jul 2025, 02:38 PM

nabil ahmad labur rm500,000 bina madrasah untuk ibu di negeri sembilanFoto: Instagram

Pelawak dan pengacara popular, Nabil Ahmad kini dalam perancangan membina sebuah madrasah lengkap dengan kemudahan penempatan pelajar tahfiz di atas tanah milik keluarganya di Mambau, Negeri Sembilan. Projek yang bakal bermula seawal tahun hadapan itu dianggarkan menelan belanja sebanyak RM500,000.

Menurut Nabil, tanah seluas kira-kira satu setengah ekar itu akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk merealisasikan pembinaan pusat pengajian agama tersebut.

Buat masa ini, beliau membiayai sendiri semua kos permulaan, namun bersikap terbuka sekiranya ada pihak yang ingin turut serta memberikan sumbangan.

“Saya maklumkan kepada umum tentang niat membuka madrasah dan ramai yang menghubungi menyatakan hasrat untuk bersama menyumbang,” katanya.

Apa yang lebih menyentuh perasaan, Nabil menjelaskan bahawa impian untuk membina madrasah ini sebenarnya lahir daripada kehendak ibunya yang kini berusia 77 tahun dan menjalani rawatan dialisis sejak lapan tahun lalu.

Beliau menyifatkan projek ini sebagai usaha memenuhi hasrat ibu tersayang yang ingin mencari bekalan akhirat.

“Ibu saya risau kerana usianya semakin lanjut. Beliau mahu buat sesuatu untuk akhirat. Jadi saya mahu pastikan beliau sempat menyaksikan proses pembinaan madrasah ini dari awal sehingga dihuni oleh para pelajar,” jelasnya lagi.

Perkongsian awal Nabil mengenai rancangan tersebut menerusi media sosial telah mendapat sambutan hangat daripada orang ramai yang memuji keikhlasan dan usaha murninya. Warganet turut mendoakan agar segala perancangan beliau dipermudahkan.

Usaha Nabil ini bukan sahaja mencerminkan kasih seorang anak terhadap ibunya, malah menjadi inspirasi kepada masyarakat untuk terus berbuat baik demi kesejahteraan di dunia dan akhirat.

Sumber: Instagram

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us