Semalam telah berlangsungnya perjanjiian menandatangani memorandum persefahaman di antara Dr. Ahmad Idham yang kini tampil dengan Hab Pendidikan Khas bersama beberapa rakan strategik antaranya GISB Holdings Sdn Bhd, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Cdert Ohhsem APM, Haj Trading & Transportation Sdn Bhd, Kelab Sukan Udara Bintang, Kelab Barracuda Scuba dan Bio Ideas Solutions yang menfokuskan untuk membentuk satu komuniti yang jitu, peka dan prihatin terhadap komuniti istimewa khususnya di Ampang telah mendapat sokongan penuh serta bantuan barangan keperluan daripada rakan-rakan strategik yang sentiasa cakna dan prihatin kepada masyarakat.

Menurut Dr. Ahmad Idham, kerjasama yang dilakukan ini dapat merancakkan lagi program-program yang akan dilaksanakan secara berkala dari masa ke masa bagi merealisasikan hasrat untuk terus memperjuangkan komuniti istimewa agar mereka dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah bersama masyarakat yang lain.
Rakan-rakan strategik ini akan berperanan untuk menyalurkan segala kepakaran dan kelebihan yang mereka ada melalui Hab Pendidikan Khas ini agar komuniti istimewa dapat manfaat dari sudut bantuan barang keperluan, pendidikan, pra saringan, kelas tambahan intensif mingguan, program bersama ibu bapa anak istimewa serta kelebihan-kelebihan lain yang turut disediakan.
Pembentukan sistem sokongan komuniti sememangnya satu keperluan terutamanya bagi golongan komuniti istimewa agar mereka tidak terus didiskriminasi dalam kalangan masyarakat. Semoga dengan usaha Dr. Ahmad idham ini dapat membantu lagi mereka yang memerlukan khususnya.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.