Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

11 Lagi Kapal Menuju Gaza, Cabar Sekatan Israel

ROSTAM, Mohamad Firdaus
03 Oct 2025, 12:39 PM

11 lagi kapal menuju gaza, cabar sekatan israelFoto: Astro AWANI

Sebanyak 11 kapal baharu kini sedang belayar ke arah Semenanjung Gaza bagi mencabar sekatan rejim Israel yang berlarutan hampir dua dekad, menurut kenyataan Freedom Flotilla Coalition (FFC) pada Khamis.

FFC memaklumkan dua bot yang mengibarkan bendera Itali dan Perancis telah berlepas dari Otranto, Itali pada 25 September lalu, sebelum disertai kapal Conscience pada 30 September, lapor Anadolu Ajansi.

Kesemua kapal itu dijangka bergabung dengan satu lagi konvoi lapan bot dikenali sebagai “Thousand Madleens to Gaza” dalam masa beberapa jam, menjadikan keseluruhannya 11 kapal menuju ke Gaza.

Menurut gabungan tersebut, sekitar 100 orang aktivis kini berada di atas kapal yang berlayar di perairan Crete.

FFC yang ditubuhkan sejak 2008, telah menganjurkan puluhan misi menghantar bantuan ke Gaza selain bertujuan menarik perhatian antarabangsa terhadap krisis kemanusiaan di wilayah itu.

Perkembangan ini berlaku hanya sehari selepas tentera laut Israel menyerang dan merampas 42 bot flotilla yang cuba menuju Gaza serta menahan lebih 450 aktivis.

Sepanjang bertahun-tahun, Israel berulang kali menyerang kapal yang membawa bantuan ke Gaza, merampas kargo, dan mengusir aktivis yang terlibat.

Rejim Zionis mengekalkan sekatan ketat terhadap hampir 2.4 juta penduduk Gaza sejak 18 tahun lalu, malah mengetatkannya lagi pada Mac dengan menutup lintasan sempadan serta menghalang kemasukan makanan dan ubat-ubatan.

Akibat sekatan dan serangan berterusan, Gaza kini berdepan kebuluran teruk. Sejak Oktober 2023, lebih 66,200 nyawa rakyat Palestin terkorban akibat pengeboman Israel, majoritinya wanita dan kanak-kanak.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan kumpulan hak asasi telah berulang kali memberi amaran bahawa wilayah itu kini tidak lagi sesuai didiami, dengan kebuluran dan penyakit yang kian merebak.

Sumber: Astro AWANI

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us