
Kita mesti teruja apabila dapat peluang untuk bergambar atau meunggang gajah. Malah kita lagi suka melihat aksi gajah menari dan comel.
Tapi, tahukah anda sebenarnya, kekerasan dan kekejaman telah digunakan oleh mereka terhadap gajah semata-mata untuk menghiburkan anda.
Sebuah portal antarabangsa telah berkongsi bagaimana gajah dipergunakan untuk meraih keuntungan dengan alasan untuk menghiburkan pelancong.
Ketika anda menyaksikan persembahan, gajah-gajah tersebut dikelilingi dengan ‘tuannya’ sambil memegang alat yang dikenali sebagai bullhook. Alat ini digunakan untuk menakutkan gajah-gajah tersebut. Sekiranya gajah tersebut ingkar melakukan persembahan, mereka akan dipukul dengan kejam sekali.
Jadi, selepas ini usahlah kita meraikan persembahan tersebut. Bayangkan jika anda berada di tempat gajah itu. Apakah perasaan kita?
Sumber: Mirror
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.