Destinasi Nasyid Anda
Berita baik. Kementerian Kesihatan Malaysia komited dalam mengurangkan kesesakan dan tempoh menungggu lama di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital. Terdapat 5 Klinik Kesihatan telah melanjutkan waktu operasi 7 hari seminggu, bermula jam 8.00 pagi hingga 9.30 malam. Projek rintis ini bermula pada 4 Jun 2023 hingga 4 September 2023. Pendaftaran akhir adalah pada jam 9.00 malam. Tarikh mula operasi dan Klinik Kesihatan yang terlibat adalah seperti berikut: i. KK Mahmoodiah - 4 Jun 2023 ii. KK Taman Ehsan – 8 Jun 2023 iii. KK Ampang – 8 Jun 2023 iv. KK Kuala Lumpur - 8 Jun 2023 v. KK Greentown – 8 Jun 2023
Hai para peminat sukan dan semua belia! Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan menganjurkan KBS Open Day 2023 Siri 7 pada 8 September 2023 di Podium KBS, Putrajaya dari jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Inilah masanya untuk meluaskan rangkaian profesional, mendapatkan pandangan, khidmat nasihat serta perkhidmatan mengenai inisiatif sukan dan belia. Tandakan tarikh dalam kalendar anda, jumpa semua di sana!!