Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

featured branding

6 Perkara Yang Menguji Kesabaran Kita Dengan Khidmat Pelanggan

Sabar separuh daripada iman.
Editor
11 Dec 2019, 11:58 AM

6 perkara yang menguji kesabaran kita dengan khidmat pelanggan

Kredit: Freepik, Edit: ZAYAN

Bila anda beli barangan yang agak mahal, seperti penapis air atau induction cooker, mesti anda nak tahu lebih lanjut tentang cara penggunaan dan penjagaan barang tersebut. Walaupun didatangkan dengan buku panduan, sesetengah daripada kita susah nak faham.

Jadi, nak senang kenalah tanya bahagian khidmat pelanggan mengenai produk atau servis yang ada. Tapi kadang-kala habis madu sepah dibuang. Sebelum beli beria-ia layan kita macam raja. Lepas beli krik-krik.

Kalau anda pernah berurusan dengan khidmat pelanggan, mungkin anda boleh faham dengan enam benda ni:

#1 Call beribu kali baru nak jawab panggilan

Dah call berkali-kali tak diangkat, jadi anda pun tunggu nak call lepas lunch, mungkin talian kurang sibuk sikit nanti. Lepas lunch, call banyak kali pun tak angkat lagi. Macam mana ni? Setelah panggilan yang entah dah keberapa ribu kalinya, barulah dapat bercakap dengan perunding perkhidmatan.

#2 Terpaksa dengar rakaman suara seperti “Panggilan anda akan dilayan sebentar lagi” atau “Harap maaf, khidmat pelanggan kami masih sibuk”

Bukan sekali dua ayat tadi tu diulang, sambil menunggu tu kena pula layan lagu yang juga dimain berulang kali. Sampaikan terngiang-ngiang ringtone atau lagu yang dimainkan tu.

#3 Kena on hold sampai berbelas bahkan berpuluh minit lamanya

Punyalah susah-payah tunggu giliran nak dapat layanan, sekali kena on hold pula! Lepas tu kena tunggu lama lagi sampai dah tak ada mood.

#4 Perangai perunding khidmat pelanggan yang acuh tak acuh

Tunggu lama satu hal, bila akhirnya dapat layanan, perunding pula acuh tak acuh je dengan kita. Bukannya kita nak dilayan bak raja pun, tapi at least janganlah nampak sangat yang dia dah malas nak layan orang. Pelanggan pun bukan suka sangat nak marah-marah tak tentu pasal.

#5 Datang tak on time atau last minute tukar plan

Ni mungkin selalu terjadi kepada anda yang beli produk beserta dengan servis pemasangan atau penyelenggaraan. Janji nak datang rumah pukul 11 pagi. Dah nak pukul 4 petang masih lagi tak nampak batang hidung. Mula-mula kata nak datang hari Sabtu. Dah hari Sabtu minta tukar hari Rabu pula. Banyak cantik!

#6 Perunding khidmat pelanggan yang kurang pengetahuan tentang produk dan servis mereka

Yang ni paling tak boleh nak terima. Macam mana dia dapat kerja ni agaknya? Bila orang tanya sesuatu masalah pasal produk atau servis dia, dia tak boleh nak jawab atau jawapan yang diberi tak memuaskan. Nak buat aduan akhirnya kena direct kat orang yang sama lagi! Sampai ke sudah tak settle.

Tapi, nasib baik tak semua jenama mempunyai khidmat perunding pelanggan yang bermasalah

Geram kan? Walaupun ramai di antara kita yang boleh faham dengan situasi-situasi ni, ia tak bermakna semua jenama mempunyai khidmat perunding pelanggan yang bermasalah.

Sesetengah jenama terutama yang dipercayai seperti CUCKOO sangat menitikberatkan pelanggan mereka. Kalau anda nak tahu, CUCKOO mempunyai kadar kepuasan hati setinggi 97% di kalangan pelanggan mereka!

Bukan itu saja, berikut merupakan pandangan para pelanggan CUCKOO mengenai khidmat layanan yang diberi setelah mereka membeli penapis air, penapis udara dan induction cooker:

  • 91% pelanggan CUCKOO berpuas hati dengan keseluruhan produk dan servis CUCKOO
  • 91% pelanggan berpuas hati dengan keseluruhan pengalaman pembelian di cawangan/booth CUCKOO
  • 94% pelanggan berpuas hati dengan keseluruhan proses pemasangan oleh CUCKOO
  • 97% pelanggan berpuas hati dengan keseluruhan Servis Natural Care/proses penyelenggaraan oleh CUCKOO
  • 96% pelanggan yang membeli penapis air berpuas hati dengan keseluruhan Servis Natural Care/proses penyelenggaraan oleh CUCKOO
  • 90% pelanggan berpuas hati dengan talian pelanggan CUCKOO
  • 98% pelanggan akan terus menggunakan produk CUCKOO di masa hadapan

*Kajian ini dikendalikan oleh IPSOS Malaysia dengan sampel statistik pelanggan CUCKOO yang sah di antara bulan Julai dan September.

Dengan CUCKOO, pasti anda akan dilayan dengan baik. Pihak Servis Natural Care akan menjaga produk yang anda beli supaya ia bertahan lama. Bukan itu saja, mereka juga cekap, menepati masa dan teliti terutamanya dalam hal mengganti penapis yang baru.

Untuk info lanjut tentang Servis Natural Care CUCKOO, layari di sini.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}