Destinasi Nasyid Anda
Jom meriahkan Rewang Budaya@Felda Tenggaroh pada 9 & 10 Ogos 2025 bertempat di Felda Tenggaroh 1, Mersing bermula dari jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam. Terdapat pelbagai aktiviti, pameran, jualan, pertandingan dan persembahan kesenian disediakan untuk pengunjung yang hadir. Saksikan juga Malam Nostalgia dengan penampilan khas atis terkenal tanah air Ramlah Ram dengan lagu-lagu yang pasti menggamit memori anda yang hadir. Yok datang beramai-ramai kita semarakkan budaya komuniti kita.