Pasti ramai yang mendengar kapsul Timeline Ke Mahsyar di FnN Pagi ZAYAN bersama Ustaz Dr. Ashraff Amirul. Kapsul yang mengisahkan tentang lima fasa hidup seorang manusia: (1) Alam Roh, (2) Alam Rahim, (3) Alam Dunia, (4) Alam Barzakh, dan (5) Alam Akhirat. Perkongsian yang ringkas dan santai daripada Ustaz Dr. Ashraff Amirul tentang perkara yang telah, sedang, dan akan berlaku pada setiap fasa tersebut.

Mana para sahabat ZAYAN? Kami akan mengadakan Intimate Session Timeline Ke Mahsyar x Siti Khadijah di mana kami akan membawakan perkongsian kapsul ini secara langsung.
ZAYAN nak menjemput 20 orang untuk menyertai program ini bersama kami. Peluang mendalami perkongsian Timeline Ke Mahsyar bersama Ustaz Dr. Ashraff Amirul secara langsung dan sesi ramah mesra bersama personaliti ZAYAN, FBI & Nana.
Macam mana nak menang pas percuma? Mudah sahaja, jawab soalan mudah berikut.
Tarikh: 28 Julai 2025 (Isnin)
Lokasi: Laman Khadijah, Nilai, Negeri Sembilan
Masa: 10 Pagi - 1 Tengah Hari