
Selepas hampir tiga dekad berada dalam industri muzik tanah air, akhirnya kumpulan nasyid tersohor Malaysia, Rabbani bakal tampir dengan konsert solo terbesar mereka. Perkara itu diumumkan penganjur konsert, Universe Gateway.
Konsert Intifada Rabbani akan berlangsung pada 20 September 2025 di Idea Live Arena, Petaling Jaya, Selangor.
Kumpulan Rabbani telah ditubuhkan pada 1 Mac 1997. Rabbani yang bermaksud Yang Arif dan Yang Soleh, bermatlamat untuk menyeru diri, keluarga dan masyarakat ke arah kebaikan. Rabbani antara kumpulan nasyid yang menjadi fenomena dan popular pada tahun akhir era 90-an menerusi lagu-lagu popularnya sehingga kini seperti Intifafa, Pergi Tak Kembali, Satu Qiblat Yang Sama dan banyak lagi.
Zayan sebagai radio rasmi nak bagi anda sepasang tiket ke konsert Intifada Rabbani dengan hanya menjawab soalan mudah serta berikan slogan yang kreatif seperti di bawah.