Filem How To Train Your Dragon mengisahkan tentang bangsa Viking dan naga telah menjadi musuh ketat selama beberapa generasi, Hiccup (Mason Thames) tampil berbeza.
Anak Ketua Stoick the Vast (Gerard Butler, kembali menyuarakan wataknya dari francais animasi), Hiccup yang bijak tetapi sering dipandang remeh mencabar tradisi berabad-abad apabila dia berkawan dengan Toothless, seekor naga Night Fury yang ditakuti. Ikatan luar biasa mereka mendedahkan sifat sebenar naga, sekali gus mencabar asas-asas masyarakat Viking.

Dengan sokongan Astrid yang gagah dan bercita-cita tinggi (Nico Parker) serta Gobber, tukang besi kampung yang unik (Nick Frost), Hiccup menghadapi dunia yang dilanda ketakutan dan salah faham.
Apabila satu ancaman purba muncul, mengancam keselamatan Viking dan naga, persahabatan Hiccup dengan Toothless menjadi kunci untuk membentuk masa depan yang baharu.
Nak tahu selanjutnya? Saksikan filem How To Train Your Dragon di pawagam seluruh Malaysia pada 12 Jun 2025.
Anda nak menjadi yang terawal menyaksikan filem ‘How To Train Your Dragon’ di pawagam? ZAYAN nak belanja 2 keping tiket untuk anda ke tayangan perdana eksklusif. Jawab soalan mudah berikut.
Tarikh: 4 Jun 2025 (Rabu)
Lokasi: GSC Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur
Masa: 9 Malam