Filem INDERA mengisahkan tentang kehidupan Joe yang bergelut untuk menjaga anak perempuannya yang bisu sambil dihantui rasa bersalah yang mendalam selepas kematian tragik isterinya.
Dalam usaha mencari permulaan baharu, dia menerima pekerjaan sebagai tukang baik pulih di sebuah rumah terpencil milik seorang wanita Jawa yang misteri. Namun, rumah itu menyimpan rahsia gelap.

Apabila Joe dan anaknya mula mengalami penglihatan-penglihatan mengerikan, mereka dipaksa untuk berdepan dengan ketakutan paling dalam, membuka semula luka dan penyesalan silam serta menghadapi satu kuasa jahat yang berpunca daripada ilmu hitam.
Filem INDERA juga merupakan sebuah kisah seram rakyat yang menghantui tentang kehilangan, rasa bersalah, dan akibat mengerikan apabila kita gagal melindungi yang kita sayang.
Diarahkan oleh MJ Woo dan lakonan hebat daripada Shaheizy Sam, Azira Syafinaz, Ruminah Sidek, Adlin Aman Ramlie, Samara Kenzo dan ramai lagi.
Nak tahu selanjutnya? Saksikan filem INDERA di pawagam seluruh Malaysia pada 7 Ogos 2025.
Anda nak menjadi yang terawal menyaksikan filem ‘INDERA’ di pawagam? ZAYAN nak belanja 2 keping tiket untuk anda ke tayangan perdana eksklusif. Jawab soalan mudah berikut.
Tarikh: 5 Ogos 2025 (Selasa)
Lokasi: GSC Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur
Masa: 8.00 Malam