Filem JALAN PULANG mengisahkan tentang Lastini, seorang ibu yang dilanda duka setelah kehilangan suaminya, Edward, secara misteri. Kesedihan itu berganda apabila puteri kesayangannya, Arum, tiba-tiba jatuh sakit dengan gejala yang aneh dan sukar dijelaskan.
Lastini yakin bahawa apa yang menimpa Arum bukan penyakit biasa tetapi gangguan dari makhluk halus yang ingin meragut nyawa anaknya. Lebih menggerunkan, semuanya berpunca dari satu tarikh: ulang tahun Arum yang jatuh pada tahun kabisat.

Demi menyelamatkan Arum sebelum semuanya terlambat, Lastini bersama dua lagi anaknya, Lia dan Rama, merentas pelosok Jawa. Mereka mencari pertolongan daripada para dukun, orang pintar, dan penyembuh tradisional, namun setiap langkah membawa mereka semakin hampir kepada kebenaran yang mengerikan.
Lakonan hebat daripada Luna Maya sebagai Lastini, Shareefa Daanish sebagai Marsinah, Taskya Namya sebagai Lia, Saskia Chadwick sebagai Arum dan ramai lagi.
Nak tahu selanjutnya? Saksikan filem Jalan Pulang di pawagam seluruh Malaysia pada 24 Julai 2025.
Anda nak menjadi yang terawal menyaksikan filem ‘Jalan Pulang’ di pawagam? ZAYAN nak belanja 2 keping tiket untuk anda ke tayangan perdana eksklusif. Jawab soalan mudah berikut.
Tarikh: 18 Julai 2025 (Jumaat)
Lokasi: IOI Mall Damansara, Petaling Jaya
Masa: 8.30 Malam