Filem Karate Kid: Legends mempertemukan dua legenda seni mempertahankan diri, Daniel LaRusso (Ralph Macchio) dan Mr. Han (Jackie Chan), yang berganding bahu untuk melatih seorang anak didik baharu, Li Fong (Ben Wang).

Kisahnya bermula dengan Mr. Han melatih pelajar di China, namun dia memilih untuk membawa Li ke New York untuk mendapatkan bantuan Daniel. Pelbagai aksi, emosi, menekankan tema warisan dan kesinambungan diterapkan dalam filem ini, memandangkan kedua-dua guru ini pernah mempunyai kaitan rapat dengan Mr. Miyagi.
Li Fong, watak utama lakonan Ben Wang menggambarkan seorang pelajar berbakat tetapi menghadapi cabaran di jalanan New York. Salah satu adegan dalam trailer menunjukkan Li berdepan kumpulan samseng di stesen subway, memperlihatkan bagaimana seni karate menjadi alat pertahanan diri, bukan sekadar sukan.
Nak tahu selanjutnya? Saksikan filem Karate Kid: Legends di pawagam seluruh Malaysia pada 5 Jun 2025.
Anda nak menjadi yang terawal menyaksikan ‘filem Karate Kid: Legends’ di pawagam? ZAYAN nak belanja 2 keping tiket untuk anda ke tayangan perdana eksklusif. Jawab soalan mudah berikut.
Tarikh: 3 Jun 2025
Lokasi: TGV Cinemas, Pavilion Bukit Jalil, Kuala Lumpur
Masa: 9 Malam