
Konsert MAWAR 2025: Malam Wakaf Rakyat bakal berlangsung pada 10 Oktober 2025, jam 8.30 malam di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor. Membawa tema “Biarpun Nafasmu Terhenti, Pahalamu Terus Mengalir”, konsert ini bukan sekadar hiburan tetapi juga sebuah wadah seni dan dakwah yang mengetengahkan elemen zikir, selawat, persembahan teatrikal serta tazkirah untuk menyentuh jiwa penonton.
Istimewanya, MAWAR 2025 turut menyediakan interpretasi bahasa isyarat secara langsung bagi memastikan mesej dan pengalaman emosi dapat dirasai oleh komuniti pekak dan hilang pendengaran.
Zayan nak bagi anda sepasang tiket menyaksikan konsert ini dengan hanya menjawab beberapa soalan mudah dan sertakan slogan yang kreatif di bawah.