Doug (Jack Black) dan Griff (Paul Rudd) telah bersahabat sejak kecil, dan sejak dulu lagi mereka berdua berkongsi impian pelik menghasilkan semula filem kegemaran mereka sepanjang zaman: “klasik” Anaconda. Apabila krisis pertengahan umur melanda, mereka akhirnya nekad untuk merealisasikan impian itu. Mereka pun terbang jauh ke hutan Amazon untuk memulakan penggambaran. Namun, keadaan bertukar serius apabila seekor anaconda gergasi sebenar muncul, menjadikan set penggambaran yang kelakar dan kelam-kabut itu satu situasi yang mengancam nyawa.

Anda nak menjadi yang terawal untuk menonton filem ‘ANACONDA' di pawagam? ZAYAN nak belanja 2 keping tiket untuk anda ke tayangan perdana. Jawab soalan mudah berikut.
Tarikh: 17 Disember 2025 (Wednesday)
Lokasi: GSC 1 UTAMA
Masa: 9:00 malam