Filem SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU merupakan sebuah filem dari Kyrgyzstan yang penuh emosi dan penuh dengan kisah inspirasi tentang perjalanan seorang lelaki autistik yang membawa ibunya ke Makkah dengan hanya menarik troli.
![wayang zayan | syurga di bawah telapak kaki ibu](https://media2.fishtank.my/media/sinar/assets2/gambar-video/sdbtki.jpg)
Pelbagai cabaran dan kisah yang berlaku sepanjang mereka menempuhi 7 buah negara untuk sampai ke destinasi dengan selamat. Filem ini berjaya merangkul anugerah Grand Prix di Moscow Festival 2024. Dibintangi oleh Emil Esenaliev sebagai Adil, Anarkul Nazarkulova sebagai Raikhan Apa dan ramai lagi.
Apakah yang akan berlaku seterusnya? Saksikan filem ‘SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU' di pawagam seluruh Malaysia mulai 13 Februari 2025.
Anda nak menjadi yang terawal untuk menonton filem ‘SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU’ di pawagam? ZAYAN nak belanja 2 keping tiket untuk anda ke tayangan perdana. Jawab soalan mudah berikut.
Tarikh: 11 Februari 2025 (Selasa)
Lokasi: TGV Cinemas 1 Utama, Petaling Jaya
Masa: 8.15 Malam