Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Ada 10 Jenis Makanan Yang Dilarang Simpan Dalam Peti Sejuk

Ada beberapa makanan yang dilarang simpan dalam peti sejuk.
12 Sep 2020, 02:00 PM

Kalau boleh apa sahaja makanan mahu disumbat dalam peti sejuk. Bukan apa daripada membazir atau terbiar di luar, anda rasa lebih selamat letak dalam peti sejuk.

ada 10 jenis makanan yang dilarang simpan dalam peti sejuk

Tetapi tahu tak sebenarnya bukan semua makanan sesuai disimpan dalam peti sejuk. Ada setengahnya boleh mengurangkan kadar khasiat makanan itu sendiri.

Di bawah ada beberapa makanan yang dilarang simpan dalam peti sejuk.

Madu

ada 10 jenis makanan yang dilarang simpan dalam peti sejuk

Ini kerana dalam keadaan sejuk, madu akan bertukar menjadi butiran kristal dan keras seperti batu. Menyimpan madu di dalam peti sejuk juga akan menjejaskan kebaikan makanan yang kaya dengan khasiat ini.

Roti

ada 10 jenis makanan yang dilarang simpan dalam peti sejuk

Sebaiknya jangan disimpan dalam peti sejuk. Suhu yang sejuk akan menukar struktur roti dan menjejaskan rasanya. Tetapi mungkin anda boleh menyimpannya jika anda akan menggunakannya lebih daripada seminggu dan jangan lupa untuk panaskannya di dalam toaster atau oven sebelum makan.

Tembikai

ada 10 jenis makanan yang dilarang simpan dalam peti sejuk

Buah tembikai seeloknya diletakkan dalam suhu bilik. Kenapa ya? Kerana terdapat penyelidikan yang mendapati antioksidan di dalam tembikai dapat dikekalkan apabila berada dalam suhu bilik berbanding suhu yang sejuk.

Pisang

ada 10 jenis makanan yang dilarang simpan dalam peti sejuk

Pisang yang disimpan di dalam peti sejuk akan menyebabkan perubahan pada kulitnya. Ia akan menjadi hitam dan ada masanya ia akan menjejaskan rasa buah ini.

Kacang

ada 10 jenis makanan yang dilarang simpan dalam peti sejuk

Suhu yang sejuk dapat mencegah minyak semula jadi yang terkandung dalam kacang menjadi tengik. Tetapi walau bagaimanapun, persekitaran yang sejuk boleh menjejaskan rasa kacang. Malahan kulit kacang juga boleh menyerap bau makanan lain yang disimpan dalam peti sejuk.

Sebaiknya, simpanlah kacang anda di dalam bekas kedap udara dan letakkan di pantri. Jika anda ada menyimpan kacang dalam peti sejuk, anda boleh toast kacang anda di atas pan sebelum menggunakannya.

Jem

ada 10 jenis makanan yang dilarang simpan dalam peti sejuk

Sama ada jem coklat, buah-buahan atau mentega kacang, sebaiknya disimpan di luar peti ais. Ini kerana meletakkan dalam peti sejuk akan membuatkan kedua jem menjadi keras dan sukar untuk disapu di atas roti. Cara terbaik adalah memastikan ia diletakkan pada ruang bersuhu bilik.

Sumber: WANISTA

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}