Pihak berkuasa telah mengumumkan bahawa pihak kerajaan dalam meningkatkan bilangan kaum Hawa dalam bidang pekerjaan dengan melantikkan 10 wanita bagi memegang jawatan kanan di dua buah masjid paling suci di Makkah dan Madinah.
Pelantikan golongan perempuan menduduki jawatan kanan di institusi keagamaan jarang berlaku di negara beraja itu yang kini mengalami liberalisasi secara meluas dan dipelopori oleh Putera Mahkota, Putera Mohammed bin Salman.
Menurut satu kenyatan yang dikeluarkan oleh pihak Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, kesemua wanita itu dilantik untuk memegang jawatan dalam pelbagai bidang termasuklah dalam bidang pentadbiran dan juga teknikal.
Pelantikan tersebut adalah untuk memperkasakan golongan wanita yang mempunyai kelayakan tinggi dan kemampuan di Arab Saudi. Menurut media negara tersebut, sebelum ini dua buah masjid itu melantik 41 wanita memegang jawatan kepimpinan pada tahun 2018.
Putera Mohamed mahu meningkatkan pengambilan kaum wanita dalam sektor pekerjaan sebagai sebahagian daripada rancangannya iaitu Misi 2030 yang bertujuan mempelbagaikan ekonomi Arab Saudi dan menamatkan kebergantungannya terhadap minyak.
Sumber: Sinar Harian
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.