Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

[VIDEO] Lautan Bertukar Merah! 100 Juta Ketam Merah ‘Menyerbu’ Pulau Christmas Dalam Migrasi Tahunan Paling Epik Dunia

IDRUS, Husna Najwa
30 Oct 2025, 11:57 AM

[video] lautan bertukar merah! 100 juta ketam merah ‘menyerbu’ pulau christmas dalam migrasi tahunan paling epik dunia

Fenomena luar biasa kembali menghiasi landskap Pulau Christmas apabila lebih 100 juta ketam merah memulakan migrasi tahunan mereka dari hutan hujan menuju ke pesisir pantai, mencipta lautan merah yang memukau mata setiap kali musim mengawan tiba.

 

@bbcnews Every summer, around 50 million of the crabs move down to the beaches to lay their eggs on the island, which is located off mainland Australia. #Crabs #RedCrabs #Animals #Nature #Australia #ChristmasIsland #Indonesia #BBCNews ♬ original sound - BBC News

 

Bagi penduduk dan pencinta alam sekitar, pemandangan ini bukan sekadar tarikan pelancongan, tetapi tanda kehidupan dan keseimbangan ekosistem yang pulih semula.

Beberapa tahun lalu, populasi ketam merah terancam teruk akibat serangan semut kuning (yellow crazy ants) spesies invasif yang menyembur asid formik hingga menyebabkan ribuan ketam mati akibat dehidrasi.

Namun kini, berkat usaha saintis dan pasukan pemuliharaan, keadaan mula berubah. Pada tahun 2016, mereka memperkenalkan tawon mikro dari Malaysia bagi memerangi serangga parasit yang menjadi sumber makanan utama semut kuning tersebut.

[video] lautan bertukar merah! 100 juta ketam merah ‘menyerbu’ pulau christmas dalam migrasi tahunan paling epik dunia

“Kami belum menang sepenuhnya, tetapi kesannya sangat besar. Populasi semut kini jauh lebih terkawal,” kata Brendon Tiernan, penyelaras program spesies terancam di Taman Negara Pulau Christmas.

Dalam tempoh satu dekad, populasi ketam merah menunjukkan lonjakan luar biasa, dijangka mencecah 180 juta ekor menjelang 2025.

Kejayaan itu turut dibantu oleh “tahun-tahun luar biasa” apabila anak ketam yang kembali ke darat meningkat mendadak, walaupun saintis masih belum dapat menjelaskan sepenuhnya puncanya.

Setiap tahun, ketam merah Pulau Christmas akan meninggalkan hutan dan berarak menuju ke laut untuk melepaskan telur, menjadikan seluruh pulau berwarna merah.

Pemandangan ini bukan sahaja menjadi impian jurugambar dan pelancong seluruh dunia, malah menjadi simbol kebangkitan semula alam selepas bertahun-tahun bergelut dengan ancaman spesis asing.

Sumber: BBC

 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us