Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

3 Amalan Yang Boleh Dilakukan Di Bulan Rejab

Tak sangka bulan rejab sudah tiba.
Editor
25 Feb 2020, 05:23 PM

3 amalan yang boleh dilakukan di bulan rejab

Kedatangan bulan Rejab merupakan antara bulan yang dinanti-nantikan oleh umat Islam. Bulan Rejab merupakan bulan persediaan dan bulan persinggahan buat umat Islam sebelum menyambut kedatangan Ramadan.

Daripada Anas bin Malik telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: “Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban, serta panjangkanlah umur kami hingga sampai ke bulan Ramadan.”

Hadis Riwayat Imam Baihaqi

Tiga perkara yang boleh dilakukan sebagai permulaan dan sekaligus menjadikan ia amalan yang istiqamah.

  1. Al-Takhalliy

Al-Takhalliy merupakan satu perkataan Bahasa Arab yang bermaksud mengosongkan dan membersihkan diri.

Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud:

“Apabila seorang mukmin melakukan suatu dosa, maka tercoretlah noda hitam di hatinya. Apabila ia bertaubat, meninggalkannya dan beristighfar, maka bersihlah hatinya.”

Hadis Riwayat Nasa’I, Ibnu Majah, Ibnu Hibban dan Tirmidzi

Perbanyakkanlah beristighfar untuk membersihkan jiwa-jiwa yang tidak tenteram dek dosa-dosa lalu. InsyaAllah, Allah akan memadam titik-titik hitam untuk membersihkan hati kita.

Ini dibuktikan melalui sabda baginda, daripada Abu Hurairah yang bermaksud: “Saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:

“Demi Allah, sesungguhnya aku minta ampun kepada Allah (beristighfar) dan bertaubat kepadaNya dalam sehari lebih dari tujuh puluh kali.”

Hadis Riwayat Bukhari

  1. Al-tahalliy

Al-tahalliy juga merupakan sebuah perkataan Arab yang bermaksud mengisi atau memperhiaskan diri.

Perkataan ini membawa maksud, isilah diri kita dengan selawat terhadap Baginda SAW tidak kiralah berapa kali sehari. Baginda SAW merupakan nabi kita yang akan memberi syafaat kepada kita di akhirat kelak. Oleh hal yang demikian, demi mendapatkan syafaat baginda kita perlulah mengucapkan selawat.

Berdasarkan hadis Nabi SAW, dari Anas bin Malik RA, yang bermaksud: “Sesiapa yang mengucapkan selawat kepadaku satu kali, maka Allah akan berselawat baginya sepuluh kali, dan digugurkan sepuluh kesalahan (dosanya) serta ditinggikan baginya sepuluh darjat atau tingkatan (di syurga kelak).” (Hadis Riwayat An-Nasa’i)

  1. Bertaqarrub

Bertaqarrub membawa maksud menghampirkan diri kepada Allah SWT. Banyak amalan dan sunnah yang boleh diikuti untuk menghampirkan diri kita kepada Allah SWT, antaranya dengan membaca kalamNya.

Al-Quran merupakan salah satu panduan hidup semua Muslim. Pesan orang tua-tua – pergilah sejauh mana pun kamu dalam hidup ini, tetapi jangan sesekali kamu tinggalkan al-Quran.

Bacalah kalam Allah walau sepotong ayat sehari. Setiap huruf, ayat dan surah yang diturunkan Allah melalui malaikat Jibril kepada pesuruhNya, iaitu Nabi Muhammad SAW mempunyai seribu satu manfaat dan kelebihannya.

Berdasarkan hadis yang telah diriwayatkan oleh Tirmidzi, baginda SAW bersabda, yang bermaksud: “Barang siapa yang membaca suatu huruf saja dari kitabullah, maka seseorang akan mendapatkan kebaikan satu kali, tetapi setiap kebaikan akan dibalas dengan sepuluh kalinya”

Hadis Riwayat al-Tirmidzi

Sumber: tzkrh.com

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}