Iman seorang Muslim itu pasti ada naik dan turunnya. Ada kala kita rasa rajin beribadah, ada pula masa kita berasa berat dan cukup melakukan amalan-amalan wajib sahaja. Ustaz Khalid Basalamah dalam video di atas telah berkongsi tips yang menarik bagi membantu Muslim di luar sana untuk kekal rajin beribadah.
1. Baca fadilat tentang ibadah yang ingin dilakukan
Fadhilat adalah janji kebaikan yang disediakan Allah apabila kita melakukan amal ibadah. Jika kita ingin melakukan solat sunat tahajud, maka bacalah hadis berkaitan solat tahajud. Jika kita ingin melakukan solat sunat dhuha, bacalah riwayat berkaitan solat sunat dhuha. Begitulah juga dengan ibadah-ibadah yang lain.
2. Jauhi dosa dan maksiat
Selama bergelumang dalam dosa dan maksiat, perkara itu menjadi penghalang kepada kita melakukan ibadah. Pasti rasa bersalah dan pemikiran negatif timbul. Syaitan pula membuat helak dan membisikkan bahawa dosa kita terlalu banyak dan kita adalah manusia yang dimurkai Allah.
Sesungguhnya pada maksiat dan ibadah itu kedua-duanya ada kenikmatan. Dan dua perkara ini mustahil bercampur. Jika seseorang sudah merasai kenikmatan melakukan ibadah, pasti dia sudah tidak menginginkan maksiat. Namun jika seseorang itu telah merasai kenikmatan maksiat, maka hatinya semakin jauh daripada kebaikan.
3. Bergaul dengan orang yang selalu melakukan ibadah dan kebaikan
Teman yang baik pasti akan menyebarkan kebaikan kepada temannya yang lain. Pada peringkat permulaannya, mungkin agak sukar untuk kita mula melakukan ibadah jika berseorangan, namun jika kita mempunyai kelompok teman yang sering melakukan ibadah, pasti kita dapat saling menyokong dan menguatkan.
Sumber: Ustadz DR Khalid Basalamah
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.