Semua orang pasti ada suka kegemaran mereka tersendiri sama ada bola sepak, berenang mahupun yang ada pada zaman pemodenan ini, e-sport. Baginda SAW dikatakan amat gemar dalam seni sukan memanah dan menunggang kuda.
Kelebihan dan kebaikan memanah adalah mengajar kita untuk lebih bersabar dan fokus dalam melakukan dalam apa jua perkara dalam kehiduoan ini. Ia juga dpaat meningkatkan kecerdasan mental dan juga membantu membina kekuatan otot ketika melakukan latihan dengan cara yang betul.
- Memanah
Daripada Salamah bin al-Akwa’ RA berkata:
مَرَّ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى نَفَرٍ مِنْ أَسْلَمَ يَنْتَضِلُونَ، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ارْمُوا بَنِي إِسْمَاعِيلَ، فَإِنَّ أَبَاكُمْ كَانَ رَامِيًا ارْمُوا
Maksudnya: “Nabi SAW telah berjalan di hadapan sekumpulan daripada suku Aslam yang sedang berlumba (dalam menunjukkan kemahiran memanah)”. Maka Nabi SAW bersabda: “Panahlah, wahai bani Ismail kerana sesungguhnya nenek moyang kamu adalah ahli dalam memanah maka panahlah”.
[Riwayat al-Bukhari (2899) (3373) (3507)]
Daripada Uqbah bin Amir berkata, aku mendengar Nabi SAW bersabda ketika di atas mimbar:
وَأَعِدُّوا لَهُمْ مَا اسْتَطَعْتُمْ مِنْ قُوَّةٍ [الأنفال: 60]، أَلَا إِنَّ الْقُوَّةَ الرَّمْيُ، أَلَا إِنَّ الْقُوَّةَ الرَّمْيُ، أَلَا إِنَّ الْقُوَّةَ الرَّمْيُ
Maksudnya: “Dan sedialah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) dengan segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan, ketahuilah sesungguhnya kekuatan itu adalah melempar (memanah), ketahuilah sesungguhnya kekuatan itu adalah melempar (memanah), ketahuilah sesungguhnya kekuatan itu adalah melempar (memanah)”.
[Riwayat Muslim (1917)]
Menurut dua hadis sahih di atas, ia menunjukkan saranan daripada Nabi Muhammad SAW kepada kita semua untuk mempelajari memanah.
- Berenang
Daripada Jabir bin Umair berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
كُلُّ شَيْءٍ لَيْسَ مِنْ ذِكْرِ اللَّهِ فَهُوَ لَهْوٌ وَسَهْوٌ، إِلَّا أَرْبَعَ خِصَالٍ: مَشْيُ الرَّجُلِ بَيْنَ الْغَرَضَيْنِ، وَتَأْدِيبُهُ فَرَسَهُ، وَمُلَاعَبَتُهُ أَهْلَهُ، وَتَعَلُّمُ السِّبَاحَةِ
Maksudnya: “Setiap perkara yang tidak disebut nama Allah SWT adalah sia-sia dan lalai melainkan empat benda: Perjalanan seorang lelaki di antara dua matlamat, seorang yang mengajar kudanya, bermesra dengan isteri dan juga belajar berenang”.
[Lihat: Mu’jam al-Awsath (8147)] [Imam al-Haithami di dalam [Majma’ al-Zawaid 269/5] mengatakan bahawa perawi-perawi Thabarani adalah sahih kecuali Abdul Wahab bin Bukht dan dia adalah seorang yang thiqah (dipercayai)]
Menurut hadis di atas ia menunjukkan bahawa belajar menunggang kuda dan juga berenang tidak termasuk dalam perkara yang sia-sia ataupun melalaikan.
- Belajar menunggang kuda
Daripada ‘Urwah bahawa Nabi SAW bersabda:
الخَيْلُ مَعْقُودٌ فِي نَوَاصِيهَا الخَيْرُ إِلَى يَوْمِ القِيَامَةِ
Maksudnya: “Kuda yang tersimpul pada ubun-ubunnya segala kebaikan sehingga hari Kiamat”.
[Riwayat al-Bukhari (2850)]
Menurut hadis di atas, ia menunjukkan akan kelebihan yang terdapat pada seekor kuda yang digunakan untuk berjihad di jalan Allah SWT. Selain itu juga, terdapat sebuah hadith di dalam Jami’ al-Tirmizi yang menunjukkan bahawa galakan memanah dan juga berkuda:
Daripada Uqbah bin Amir RA bahawa Nabi SAW bersabda:
ارْمُوا وَارْكَبُوا
Maksudnya: “Lemparkanlah (panah) dan tungganglah (kuda)”.
[Riwayat al-Tirmizi]
[Imam al-Tirmizi menilai hadith ini sebagai hasan]
Sumber: Mufti Wilayah