Menjelang tahun baru ini ramai akan mula melakukan azam tahun baru, semoga menjadi orang yang lebih baik berbanding tahun yang sebelum ini.
Apabila sudah tiba masanya yang anda ingin menjaga solat dengan lebih baik, menutup aurat dengan lebih sempurna dan mula mengambil berat tentang ibu bapa, itu adalah petanda yang paling indah seseorang boleh dapat daripada Illahi untuk berubah ke arah yang lebih baik.
Walaupun anda tak perlu menunggu sehingga tahun baru untuk melakukan perubahan dalam diri, namun ini adalah satu perkara yang positif untuk anda mulakan tahun baru dengan baik. Oleh kerana itu, sini ada beberapa tips bagaimana untuk berubah dan kekal di atas jalan perubahan itu.
- Lakukan secara perlahan-lahan
Perubahan ini bukan satu perkara yang boleh dilakukan dalam masa satu hari. Ia memakan jangka masa yang panjang. Jadi jangan lah anda berputus asa, lakukan satu persatu dengan perlahan-lahan supaya anda dapat menyesuaikan diri dengan perubahan yang baru ini. Mulakan dengan perkara yang mudah dahulu, kelama-lamaan ia akan jadi satu perkara yang biasa untuk diri anda.
- Bergaul dengan orang yang baik
Ada orang beubah ke arah yang lebih baik oleh kerana dikelilingi orang-orang yang baik. Kawan yang baik akan menolong dan menyokong keputusan anda untuk berubah. Mereka akan menasihati and ajika anda mula kembali ke arah yang tidak baik dan akan memberi semangat kepada anda.
Ada yang pernah berkata, anda tak perlu jumlah kawan yang ramai. Hanya segelintir yang baik dan berkualiti sudah cukup dalam hidup ini.
- Berdoa dan meminta kepada Allah
Perkara yang paling penting selama proses perubahan ini adalah, doa dan pengharapan kepada Allah. Keinginan untuk berubah itu semestinya datang daripada Allah SWT, yang sudah membuka pintu hati anda untuk menerima hidayah. Jadi, minta lah kekuatan daripada Allah. Dan terus berdoa kepada Illahi.
Perubahan diri ini perlu dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan juga perlu ada kesabaran. Ini bukan satu perkara yang mudah tetapi percayalah bahawa ia amat berbaloi.
Sumber: tzkrh.com
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.