Perkara yang lama usah kita fikirkan selalu, bahkan ia akan menjadi bebanan fikiran kita. Berikan ruang supaya perkara baru boleh masuk.
- Biarkan Minda Anda Berehat
Kajian mendapati bahawa ‘bekerja kuat’ bukan bermakna bekerja secara bijak. Kehidupan menjadi tidak seimbang kerana salah terlampau fokus dalam satu aspek dalam kehidupan berbanding hal-hal lain – contohnya kerja lebih diutamakan sehingga tidak mendapat rehat yang secukupnya.
Ambil masa untuk diri anda, membiarkan minda anda bertenang. Meluangkan masa sekejap untuk berjalan kaki mengambil udara segar, meluangkan mmasa bersama ibu bapa, keluarga ataupun rakan-rakan, ambil masa untuk berehat atau tidur sebentar. Ataupun hiburkan diri anda dengan menonton cerita atau rancangan yang ada unsur lucu bagi memberi ruang kepada minda untuk relaks.
- Terima Pujian Dan Lupakan Kritikan
Tak semua orang boleh menerima kritikan dengan baik. Bahkan, ia mengambil masa yang supaya seseorang itu dapat biasakan diri untuk menerima kritikan.
Namun, ini merupakan kerugian untuk diri kita jika kita hanya memilih untuk mengingati bahagian negatif sahaja, sedangkan masih ada banyak pujian dan kata-kata positif yang kita terima dalam hidup.
Belajar untuk melihat kritikan daripada kaca mata yang lebih terang. Tukarkan kritikan tersebut dan mengambilnya sebagai teguran supaya kita dapat menjadi lebih baik. Kita tidak harus selamanya hidup dengan kritikan orang. Beri peluang kepada diri untuk lebih percaya akan diri sendiri.
- Peruntukkan Hanya Masa Yang Spesifik Untuk Risau
Tanpa disedari, kita sering sekali risau tentang perkara-perkara yang tidak perlu seperti ini. Sebenarnya kerisauan ini akan menyerap tenaga anda lebih-lebih lagi dari sudut emosi dan mental. Dan ini yang membuatkan anda kerap overthinking.
Apa yang boleh anda buat untuk mengawal hal ini? Caranya mudah sahaja, dengan memperuntukkan masa yang khusus sahaja untuk anda risau.
Katakan pada diri sendiri bahawa anda hanya boleh risau dalam masa sekian-sekian sahaja, dan anda tidak boleh risau lagi selepas itu. Atau apabila fikiran anda mula menerawang memikirkan perkara yang bukan-bukan, katakan pada diri bahawa itu bukan masanya lagi untuk risau atau rasa terganggu.
Contoh:
“Okay benda belum berlaku lagi, kalau nak panik nak risau, kita panik sekarang. Lepas ni kita nak kena buat apa.”
Cara ini dapat mengawal fikiran daripada terjatuh ke dalam pola pemikiran negatif, yang sekaligus membuat anda terganggu sepanjang hari.
Sumber: tzkrh.com
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.