Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

3 Nasihat Ringkas Bagi Orang Yang Susah Nak Melakukan Ibadah

Ada kala kita amat rajin melakukan ibadah, ada kala kita lalai.
Editor
31 Oct 2020, 02:00 PM

Iman seorang Muslim tidak akan kekal di tempat yang sama selalu, sudah pasti akan naik dan turunnya. Ada kala kita amat rajin melakukan ibadah, ada kala kita lalai. Ustaz Khalid berikan tips dan nasihat yang menarik bagi membantu umat Islam di luar sana untuk kekal diri rajin beribadah.

3 nasihat ringkas bagi orang yang susah nak melakukan ibadah

1. Baca fadilat tentang ibadah yang ingin dilakukan

Fadhilat adalah janji kebaikan yang disediakan Allah apabila kita melakukan amal ibadah. Jika kita ingin melakukan solat sunat tahajud, maka bacalah hadis berkaitan solat tahajud. Jika kita ingin melakukan solat sunat dhuha, bacalah riwayat berkaitan solat sunat dhuha. Begitulah juga dengan ibadah-ibadah yang lain.

2. Jauhi dosa dan maksiat

Selama bergelumang dalam dosa dan maksiat, perkara itu menjadi penghalang kepada kita melakukan ibadah. Pasti rasa bersalah dan pemikiran negatif timbul. Syaitan pula membuat helak dan membisikkan bahawa dosa kita terlalu banyak dan kita adalah manusia yang dimurkai Allah.

Sesungguhnya pada maksiat dan ibadah itu kedua-duanya ada kenikmatan. Dan dua perkara ini mustahil bercampur. Jika seseorang sudah merasai kenikmatan melakukan ibadah, pasti dia sudah tidak menginginkan maksiat. Namun jika seseorang itu telah merasai kenikmatan maksiat, maka hatinya semakin jauh daripada kebaikan.

3. Bergaul dengan orang yang selalu melakukan ibadah dan kebaikan

Teman yang baik pasti akan menyebarkan kebaikan kepada temannya yang lain. Pada peringkat permulaannya, mungkin agak sukar untuk kita mula melakukan ibadah jika berseorangan, namun jika kita mempunyai kelompok teman yang sering melakukan ibadah, pasti kita dapat saling menyokong dan menguatkan.

Sumber: Ustaz Dr Khalid Basalamah

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}