Setiap orang pasti merasai perasaan perit ini, hati yang kecewa dan disakiti. Ramai yang akan putus asa untuk mencari cinta selepas telah disakiti tetapi jangan begitu. Walaupun ia suatu perkara yang sukar untuk melangkah ke hadapan dan lupakan kenangan lama.
Namun, ada beberapa tips untuk anda yang masih teringat-ingat lagi kenangan masa lampau. Mungkin ini boleh membantu anda untuk melangkah dari kenangan tersebut dan mengambil nafas baru.
- Terima Hakikat Dia Bukan Jodoh Anda
Jika anda ditinggalkan oleh si dia, ambil masa untuk tenangkan diri dan perlahan-perlahan terima kenyataan bahawa kalian bukan jodoh masing-masing. Ambil segala baik dan buruk daripada hubungan tersebut sebagai satu pengajaran.
- Lemparkan Kenangan Kalian Berdua Sejauh Mungkin
Memang kenangan bersama itu amatlah terindah tetapi kalau boleh menyakitkan anda dengan lebih mendalam, lebih baik jauhkan la. Perkara-perkara yang boleh mengingatkan anda kepada si dia seperti gambar ataupun akaun sosial medianya, lebih baik jauhkan diri daripada melihat update terkini hidup si dia jika dia sudah ada yang punya. Perkara yang terbaik adalah buang gambar yang ada dalam handphone dan mute kan akaun sosial media di ajika tidak mahu unfollow.
- Lakukan Sesuatu Yang Menceriakan
Hati yang luka perlu diceriakan, lakukan perkara yang anda suka. Ataupun lakukan perkara yang baru, terokailah minat terpendam anda. Percayalah, lama kelamaan hati anda akan mula pulih dan anda tidak akan berasa sedih lagi.
- Dekatkan Diri Dengan Yang Maha Esa
Jika anda penat nak luahkn perasaan dekat kawan-kawan ataupun ahli keluarga, luahkan la kepada Yang Maha Esa. Ambil peluang untuk mendekatkan diri kepada Illahi dan meminta kekuatan daripadaNya. Cinta yang teragung dan suci adalah cinta Illahi.
Surah ar-Ra'd (ayat 28)
Maksud: “(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah.” Ketahuilah dengan Zikrullah (mengingati Allah) itu, tenang tenteramlah hati manusia.”
Sumber: tzkrh.com
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.