Empat beranak terpaksa tinggal di terminal bas berdekatan selepas tidak mampu membayar sewa rumah apabila diberhentikan kerja sebagai pengawal keselamatan pada Mac tahun lalu.
Malah, dia dan isteri, Marjana serta dua anak mereka, Mohd Iqwan dan Nor Fatihah juga terpaksa menumpang tidur di beberapa lokasi sekitar Pulau Pinang setiap hari.
“Sudah dua tahun kami hidup begini sebelum terpaksa tinggal di Terminal Bas Komtar ini sejak dua bulan lalu.
“Syukurlah di sini, terdapat sukarelawan yang memberi makanan kepada golongan gelandangan sekurang-kurangnya dua anak kami tidak kelaparan.
“Bergenang air mata hampir setiap malam ketika melihat dua anak tidur hanya beralaskan tikar dan suasana bising, tetapi sekurang-kurangnya ada tempat bagi kami melelapkan mata,” katanya.
Namun, Azmi faham akan situasi semasa dan tidak berputus asa untuk mencari pekerjaan bagi menyara keluarganya.
“Tiada siapa yang hendak hidup susah dan saya juga tidak mahu meminta-minta, kerana itulah kami pilih hidup begini supaya tidak menyusahkan sesiapa.
“Memang saya hendak bekerja semula bagi membina hidup baru tambahan pula memikirkan masa depan anak,” katanya lagi.
Mereka sekeluarga dilihat menjadikan tempat duduk di terminal bas itu sebagai tempat rehat dan menyimpan barangan mereka.
Hanya beralaskan tikar di lantai terminal untuk tidur dan menggunakan tandas awam bagi kebersihan diri.
Pertubuhan Kebajikan Ihsan Muda Pulau Pinang prihatin akan situasi yang dialami keluarga Azmi dan tampil membantunya untuk mendapatkan pekerjaan.
Tambahnya, pihaknya juga akan berusaha mencari rumah sewa dalam masa seminggu dan akan menanggung sewaan sehingga keluarga itu mampu membayar sendiri.
Sumber: Harian Metro
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.