Banyak sangat kes kemalangan jalan raya yang diakibatkan kurang tumpuan ketika memandu.
Ada aksesori kereta yang berguna dan selamat untuk digunakan terutama sekali berkaitan dengan telefon bimbit. Tetapi ada aksesori yang membahayakan nyawa anda ketika memandu.
- Tombol steering
Tombol steering ini biasanya digunakan oleh kenderaan berat seperti forklift. Tetapi ada juga yang memasang tombol steering untuk kelihatan bergaya.
Tapi berbezanya dengan kenderaan biasa, kita memerlukan kedua-dua tangan untuk mengawal steering baik. Jadi, tombol steering tersebut tidak begitu berfungsi pada kenderaan biasa.
- Menggantung barang hiasan di rearview mirror
Biasalah siapa yang tak nak kereta mereka kelihatan cantik dan menarik. Rearview mirror atau cermin pandang belakang sering menjadi mangsa barang hiasan kereta seperti rantai, tasbih, keychain bulu-bulu malah earphones.
Perkara ini boleh menghilangkan tumpuan anda semasa memamndu lagi-lagi apabaila ingin adjust cermin tersebut untuk melihat dengan lebih baik. Jadi, sebaiknya turunkan sahaja lah aksesori tersebut untuk keselamatan anda dan juga penumpang.
- Pelekat barang di dashboard
Dashboard kereta juga sering dijadikan tempat perhiasan. Di situlah nak letak bekas tisu, penyembur haruman kereta, patung hiasan dan macam-macam la.
Tapi realitinya, perbuatan ini amat bahaya sekali jika berlakunya hentakan seperti terlanggar lubang dan sebagainya, pasti lah barang-barang yang ada di dashboard tu jatuh. Lepas itu, anda pula akan cemas sebab barang mula jatuh dan hilang kosentrasi di jalan raya.
- Tinggal barang dalam kereta
Ada di antara kit ani memang suka jadikan kereta sebagai closet kedua. Dalam kereta lah nak tinggalkan kasut, baju, beg, minyak wangi, power bank.
Keadaan seperti amat membahayakan apabila anda sedang memandu terutama sekali apabila anda ingin mencpai barang yang tercicir. Apatah lagi dengan kes pecah tingkap kereta semata-mata ingin mencuri barang dalam kereta.
Malah barang elektronik seperti power bank dan pemetik api amat muda meletup jika berada dalam cuaca panas.
- Buzzer tali pinggang keledar.
Kalau kereta dahulu hanya akan mengeluarkan lampu amaran yang menyatakan anda tidak memakai tali pinggang keledar.
Tetapi sekarang ni kebanyakan kereta keluaran yang terbaharu bukan sahaja keluarkan amaran lampu tetapi amaran bunyi sekali, kalau dulu hanya di kerusi pemandu sahaja tapi sekarang kerusi penumpang juga ada sensor.
Jadi ramai yang cari jalan penyelesaian dengan aksesori seatbelt buzzer yang dipasang di bahagian penyambung tali pinggang keledar bagi menghentikan bunyi amaran itu.
Tetapi amalan ini harus dihentikan kerana akibat tidak memakai tali pinggang keledar sekiranya terlibat dalam kemalangan jalan raya amatlah bahaya.
Sumber: Web
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.