Sedar tak sedar kita sudah berada di hari ke-20 Ramadan. Begitu cepat sekali masa berlalu dan kita menginjak ke 10 malam terakhir Ramadan.
Ramai umat Islam seluruh dunia sudah pasti akan berkejar-kejar bagi bertemu malam yang penuh keberkatan iaitu malam Lailatul Qadar dengan meningkatkan ibadah.
Lailatul Qadar merupakan satu malam yang sangat istimewa di bulan Ramadan.
Surah al-Qadr ayat 1 - 3 menyebut:
"Sesungguhnya kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan.”
Pada 10 malam terakhir ini, kita digalakkan supaya meningkatkan ibadah dan berdoa. Ayuh kita amalkan doa-doa ini.
Sumber: Twitter
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.