Allah SWT menghadiahi umat Nabi Muhammad sebuah malam yang sangat mulia dan lebih baik daripada seribu bulan, iaitu malam Laitul Qadar. Malam seperti ini tidak pernah diberikan kepada umat yang sebelumnya.
via GIPHY
Bahkan, keistimewaan malam Lailatul Qadar ini sudah pun diceritakan dalam surah Al-Qadr.
#1 – Malam Al-Quran Diturunkan
Mafhum: “Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar.” (97:1)
#2 – Malam Yang Lebih Baik Dari Seribu Bulan
Mafhum: “Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.” (97:3)
#3 – Malaikat Jibril Turun Pada Malam Ini
Mafhum: “Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka.” (97:4)
Menurut Imam Qurthubi, para malaikat turun ke bumi bagi mengaminkan doa orang-orang yang berdoa pada malam tersebut.
Kehadiran mereka juga adalah sebagai pemandu kepada manusia untuk memperbanyakkan amal ibadah dan doa pada malam tersebut.
#4 – Dicatatkan Takdir Tahunan
Mafhum: “Dengan izin tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikutnya).” (97:4)
#5 – Malam Yang Sejahtera Sehingga Terbit Fajar
Mafhum: “Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar.” (97:5)
Lailatul Qadar merupakan malam yang penuh berkat dan kebaikan. Di dalamnya tidak terdapat keburukan bermula dari terbenam matahari sehingga terbitnya fajar.
Turunnya para malaikat juga adalah untuk memberi rahmat kepada malam tersebut buat hamba-hambaNya yang taat sehingga terbitnya fajar.
Sumber: tzkrh.com
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.