Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

5 Pengajaran Dari Kisah Inspirasi Stephanie Kurlow, Ballerina Pertama Yang Berhijab

Hebat semangat seorang ballerina ini demi mencapai cita-citanya.
Editor
26 Feb 2020, 05:45 PM

5 pengajaran dari kisah inspirasi stephanie kurlow, ballerina pertama yang berhijab

Kisah inspirasi Stephanie Kurlow, seorang gadis dari pinggir bandar yang menjadi viral dalam sekelip mata dan diberi gelaran sebagai Ballerina Berhijab Yang Pertama di Dunia, mampu membuka mata masyarakat dunia.

Stephanie pernah mengucap selamat tinggal kepada dunia ballet. Tetapi disebabkan rasa cinta dan sayang terhadap seni tarian ballet Stephanie kembali semula ke dunia balet dengan penampilan baharu iaitu skirt tutu yang labuh dan berpenampilan berhijab. Stephanie mula menari balet semula. Walaupun kelihatan berbeza dan lebih sopan tetapi ia lebih istimewa.

Apakah yang boleh kita pelajari dari seorang gadis kecil yang baru sahaja mengenali keindahan Islam ini?

5 pengajaran dari kisah inspirasi stephanie kurlow, ballerina pertama yang berhijab

  1. Berani bermimpi

Angan-angan ataupun cita-cita yang tinggi bukan sahaja mimpi indah tetapi boleh dijadikan impian dalam hidup kita. Kita biasanya mengimpikan perkara yang membuat kita merasa bahagia.

Tidak mahu mengalah dengan peraturan pakaian ballet biasa, Stephanie mula bermimpi untuk menjadi ballerina berhijab profesional yang pertama di dunia. Dia juga pasti merasa takut gagal, tetapi tetap berani memasang angan-angan setinggi awan.

  1. Berani untuk bermula

Angan-angan itu adalah keinginan dalam hati. Kesungguhan kita untuk mencapai cita-cita itu boleh dibuktikan dengan perbuatan yang dilakukan. Stephanie Kurlow begitu cintakan tarian ballet tetapi tiada sekolah balet yang sudi menerima Stephanie kerana dia berhijab.

Tetapi ini tidak matikan semangat Stephanie. Dia teruskan menari di laman belakang rumah, sekolah serta studio latihan ibunya.

Menerusi program Launch Good, dia menarik perhatian dunia untuk mengumpul dana sebanyak RM41,000 untuk membayar yuran sekolah ballet selama setahun dan menjadi ballerina berhijab profesional yang pertama di dunia.

5 pengajaran dari kisah inspirasi stephanie kurlow, ballerina pertama yang berhijab

  1. Jangan berhenti untuk mencuba

Teknik tarian ballet nampak mudah tetapi sebenarnya tidak semudah seperti yang kita lihat. Stephanie turut dikritik hebat dalam usahanya untuk bergelar ballerina berhijab pertama ini. Dalam usia semuda 18 tahun, Stephanie tidak mudah mengalah dengan semua kesakitan dan kritikan ini.

Jatuh, kesakitan, dihina dan diketawakan adalah harga yang perlu kita bayar dahulu demi sebuah kejayaan.

  1. Menjadi inspirasi kepada orang lain

Stephanie ingin memberi harapan kepada orang ramai yang ingin mempelajari ballet dengan tidak mengira latar belakang keluarga, bangsa mahupun agama.

Seni ballet bukan terletak pada pakaian tetapi pada disiplin ketat yang melentur jiwa dan ketahanan seorang ballerina. Stephanie menghantar mesej jelas kepada dunia bahawa balet boleh menyatukan semua dan menjadi medium dakwah Stephanie yang tersendiri.

Dengan memakai skirt tutu separas buku lali, baju berlengan panjang serta berhijab, Stephanie nampak manis dan menawan hati dunia dengan cerita balletnya.

5 pengajaran dari kisah inspirasi stephanie kurlow, ballerina pertama yang berhijab

  1. Kekal berprinsip

Ramai yang boleh mencapai cita-cita menjadi seorang penari ballet profesional. Meskipun, Stephanie baru memeluk Islam pada usia 10 tahun, Stephanie tetap memegang prinsip sbahwa hijab melindungi dirinya sebagai seorang wanita, dan hijab bukan alasan yang membatasi kebolehan yang ada pada dirinya.

Menjadi seorang muslim membuatkan Stephanie nampak berbeza sewaktu menari balet. Masih kekal lembut tetapi penuh dengan kesopanan. Hijab membuatkan Stephanie bangga dengan keunikan dirinya serta percaya bahawa hijab membuatkan dia menemui kekuatan sebenar yang ada dalam dirinya.

Sumber: tzkrh.com

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}