Dugaan perkahwinan pastinya akan dirasai setiap pasangan suami isteri. Terutama sekali dari aspek kewangan. Pasti ada perkara yang boleh dilakukan pasangan suami isteri yang membawa berkat dalam sebuah rumah tangga.
- Makan bersama-sama sekeluarga
Lagi-lagi pasangan yang bekerja, ini sahaja masa yang mereka ada bersama. Lagipun di meja makan lah boleh mengeratkan lagi hubungan silaturrahim.
- Layani anak-anak dengan kemesraan
Biasa lah, kalau dah ada anak memang banyak tanggungjawab dan komitmen sebagai ibu bapa. Tetapi percayalah, anak yang dikurniakan adalah rezeki yang paling besar dalam hidup seseorang. Percaya bahawa doa seorang anak yang soleh dan solehah itu amat penting.
- Panggilan baik antara suami isteri
Memanggil pasangan anda dengan panggilan yang baik dapat menyejukkan hati mereka walaupun berada dalam situasi yang tegang.
- Memberi nafkah kepada isteri
Walaupun isteri anda bekerja dan memiliki wang simpanan sendiri. Sudah menjadi kewajipan dan tanggungjawab seorang suami untuk memberi nafkah kepada isteri mereka.
- Tenangkan hati pasangan ketika mereka resah
Suami isteri ditemukan Illahi untuk melengkapi satu sama lain. Di saat susah mahupun senang, mereka lah yang akan berada di samping anda. Jadi, jika mereka berada dalam keadaan resah dan gelisah, anda haruslah tenangkan mereka.
Gembirakan hati pasangan anda. Semoga sentiasa mendapat rahmat dan berkat Illahi.
Sumber: wedpedia
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.