Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

5 Pesanan Prof Dr Muhaya Untuk Menjadikan Pasangan Anda Sebagai Teman Hidup

Sememangnya fitrah manusia berkeinginan untuk mempunyai teman hidup yang dapat berkongsi susah senang bersama-sama.
Editor
18 Jun 2020, 07:00 AM

5 pesanan prof dr muhaya untuk menjadikan pasangan anda sebagai teman hidup

Sememangnya fitrah manusia berkeinginan untuk mempunyai teman hidup yang dapat berkongsi susah senang bersama-sama. Ada yang bertemu jodoh mereka seawal zaman persekolahan dan ada yang bertemu jodoh mereka lambat. Dan kita pun tahu pertemuan jodoh ini semua rahsia Allah yang kita tidak diketahui.

Namun ada juga hubungan yang berakhir dengan putus tunang mahupun penceraian. Siapa je yang suka penceraian? Tak mungkin ada yang ingin bercerai dengan pasangan mereka. Semua pasangan yang membina rumah tangga ingin kekalkan masjid itu.

Jadi, ini antara pesanan daripada Prof Dr Muhaya jika anda sudah mula serius dengan pasangan anda untuk meneruskan hubungan itu sehingga kea lam perkahwinan.

  1.  “Jangan bazirkan masa, emosi , wang dan kehidupan dengan aktiviti sia-sia tanpa terus pada tujuan perkahwinan dan membina diri kearah menjadi ibu bapa mithali.”

Semestinya jika anda ingin menjalinkan hubungan ada tujuan untuk berkahwin. Tak semestinya mendesak pasangan anda untuk kahwin, cuma ingin kepastian bahawa hubungan itu menuju kearah yang baik dan tidak sia-sia.

  1.  “Kepada kaum Adam, pilihlah seseorang yang akan menjadi ibu kepada bakal anak-anak kita iaitu guru pertama anak kita."

Ini bukan sahaja untuk lelaki tetapi untuk perempuan juga. Lihat dengan teliti perangai pasangan anda, jika mereka mampu menjadi seorang ibu atau bapa yang baik. Tetapi perkara ini tak boleh la nak menilai sekali pandang kerana ada individu yang naluri keibuan atau kebapaan itu datang apabila mereka bakal menerima cahaya mata.

  1.  “Jangan menyesal kerana tersilap pilih semata-mata nafsu saja. Kecantikan akan hilang tetapi akhlak kekal.”

Akhlak lebih mulia daripada kecantikan. Walaupun pasangan kita tu tak mempunyai paras rupa yang mengikut standard kecantikan masyarakat, tetapi yang penting akhlak mereka yang kekal sehingga bila-bila. Kita akan mula melihat mereka dengan mata hati, dan itu lebih penting.

  1. “Gambaran cara wanita itu dibesarkan adalah cerminan keluarga beliau.”

Semestinya cara seseorang itu dibesarkan adalah gambaran cara mereka akan membina keluarga mereka. Tetapi sebenarnya tak juga, ada orang yang datang daripada broken family, dan sebab dia tahu betapa peritnya perasaan tersebut sebab itulah dia akan cuba sedaya upaya untuk tidak membuat anak-anaknya merasai keperitan itu.

  1. “Pilih keluarga yang kita nak jadikan sebagai keluarga kita. Baru tidak berlaku masalah mertua dan menantu.”

Pepatah orang putih, “You’re not only marrying her, you’re marrying her family.” Jika tidak mendapat restu keluarga macam mana nak membina rumah tangga yang bahagia. Pasti ada masalah mertua dan menantu. Jadi, sebelum kahwin kita kenalah berkenalan dengan bakal keluarga mertua supaya kehidupan selepas kahwin tidak mempunyai pelbagai masalah.

Tetapi kan, pendapat min perkara yang pertama yang perlu dilihat terlebih dahulu sebelum ingin melangkah ke perkara-perkara yang lebih serius. Adakah pasangan anda itu betul-betul serius dengan anda. Jika anda tidak mempunyai sebarang niat untuk meneruskan hubungan tersebut sehingga ke alam perkahwinan, jangan lah berikan harapan kepada mereka.

Sumber: Remaja

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}