Terdapat banyak kisah yang kita dengar tentang orang yang terkena kanser paru-paru. Memandangkan kita baru menganjurkan Hari Kanser Sedunia pada 4 Februari lepas, apa kata kita tahu punca kanser paru-paru.
Kanser paru-paru itu sendiri terjadi kerana adanya pertumbuhan sel yang abnormal pada jaringan paru-paru dan ia berlaku disebabkan menghidu bahan kimia berbahaya di udara.
1. Terdedah kepada karsinogen di tempat kerja
Karsinogen adalah agen pertumbuhan sel kanser seperti arsenik, asbes dan knalpot diesel yang mungkin terdapat di tempat kerja seseorang.
2. Gas radon
Gas radon adalah antara penyebab utama kanser paru-paru, ia menyumbang sekitar 21,000 kematian akibat kanser setiap tahun manakala 2,900 daripadanya adalah dalam kalangan bukan perokok.
Gas ini boleh wujud di dalam rumah anda yang dibina di atas tanah uranium tanpa anda sedari. Kajian juga menunjukkan risiko kanser paru-paru lebih tinggi pada individu yang tinggal di dalam rumah yang tercemar dengan gas radon.
3. Perokok pasif
Sekitar 15 hingga 25 peratus penghidap kanser paru-paru adalah disebabkan terdedah kepada asap rokok atau juga disebut sebagai asap pasif.
4. Pencemaran udara
Pengkaji mendapati pencemaran udara boleh menyumbang kepada risiko kanser paru-paru. Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) turut mengklasifikasikan pencemaran udara sebaga zat yang bersifat karsinogen.
5. Radiasi pada dada
Seseorang yang pernah menjalani radiasi pada bahagian dada mereka didapati berisiko untuk terkena kanser tersebut.
Radiasi pada bahagian dada biasanya dilakukan untuk terapi kanser lain seperti payudara dan limfoma. Namun risiko ini dikatakan tidak sering terjadi.
Diet sihat dengan banyak pengambilan buah-buahan dapat melindungi anda daripada ancaman kanser paru-paru.
Sumber: Web
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.