Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

5 Sebab Kenapa Jangan Main Phone Sebelum Tidur

Esok pagilah baru sambung main phone.
Editor
21 Nov 2018, 01:40 AM

Kredit gambar utama: Pexels

Telefon pintar dah jadi sahabat baik kebanyakan daripada kita. Dan kalau boleh, sesaat pun tidak mahu berjauhan. Bangun tidur telefon adalah benda pertama yang dicari, dan sebelum tidur telefon juga menjadi teman setia. Tetapi tahukah korang bff korang yang satu ni, boleh menyebabkan berbagai masalah jika digunakan dengan kerap dan lama sebelum tidur?

#1 Mata Rosak

Telefon bimbit mengeluarkan sejenis cahaya biru yang boleh menyebabkan berbagai masalah kesihatan termasuklah merosakkan mata. Cahaya biru ini merosakkan retina dan menyebabkan rabun.

 

#2 Tidur Terganggu

Korang pernah tak dah terlalu mengantuk, tetapi bila main handphone terus hilang rasa mengantuk tu? Cahaya biru pada telefon tulah yang telah memanipulasi otak korang supaya fikir hari masih siang dan menyekat pengeluaran melatonin (hormon yang mempengaruhi kualiti tidur). Gangguan melatonin inilah yang menyebabkan tidur berjalan, tidur-tidur ayam dan insomnia.

#3 Tekanan

Tidur yang terganggu menyebabkan berbagai kesan seperti menyebabkan masalah fizikal dan tekanan. Bila tak cukup tidur, kita akan lesu dan bluer keesokan harinya. Nak kerja pun tiada mood.

#4 Meningkatkan Risiko Kanser

Yayasan Kesihatan Dunia 2011 meletakkan telefon bimbit sebagai bahan karsinogen kepada manusia kerana adanya pancaran radiasi elektromagnet yang menyumbang kepada kanser. Risiko terjadinya kanser dengan penggunaan telefon bimbit masih dikaji tetapi pendedahan kepada cahaya biru yang lama boleh meningkatkan risiko kanser payudara dan prostat.

 

#5 Semakin Pelupa

Telefon pintar menjadikan kita pandai tetapi pada masa sama menghilangkan memori jika digunakan dengan cara yang salah. Penggunaan telefon sebelum tidur dan gangguan tidur menjadikan kita semakin pelupa.

Nak main telefon sebelum tidur tiada salahnya asalkan berpada-pada. Pastikan korang dapat tidur secukupnya serta gunakan telefon dalam pencahayaan optima.

Sumber: The Health Flash

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}