Tak boleh dinafikan la kita semua ada kasut kegemaran walaupun dah nampak buruk pun kita masih sayang nak buang.
Sedangkan kasut itu membuatkan kaki rasa sakit dan boleh membawa beberapa masalah yang lain.
Menurut Footwear News, ada lima tanda-tanda yang menunjukkan bahawa anda perlu membeli kasut baru.
- Kaki terasa sakit
Walaupun korang tak nampak kerosakan pada kasut, tetapi kaki terasa sakit bila memakainya maka it’s time to say bye-bye. Masalah tersembunyi boleh berpunca daripada material atau teknologi keselamatan yang mungkin tidak mampu memberi sokongan atau perlindungan dan sebab itu kaki korang akan berasa sakit.
- Tapak mulai terpisah
Ini memang satu petanda yang ternyata. Apabila tapak kasut dah mula berlubang ataupun dah muka terpisah ini menyebabkan kaki korang akan bertambah sakit sebab kena prihatin setiap langkah diambil.
- Tapak dan tumit haus
Okay semua orang tahu, tapak kasut ini sebenarnya boleh haus. Dan ini sangat bahaya sebenarnya sebab tapak kasut anda tidak ada sokongan dan setiap korang berjalan dekat apa jenis permukaan lantai, akan berasa licin. Ramai orang banyak tergelincir dan jatuh disebabkan tapak kasut yang haus atau nipis.
- Jari kaki melecet
Tanda lain yang disebutkan adalah ketika kawasan jari kaki pada kasut mulai rosak. Ia akan memberikan rasa tidak selesa pada kaki khususnya jari-jari.
- Timbul bau
Apabila korang menghidu kasut lepas itu didatangi dengan bau yang tidak sedap. Maka sudah tiba masa untuk membeli kasut baru. Banyak kasut menggabungkan lapisan anti-mikro yang membantu mencegah bakteria tumbuh dalam kasut.
Sumber: footwearnews.com
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.