Semakin meningkat usia, semestinya hati ini akan makin resah dan gelisah bila disoalkan tentang cinta dan jodoh.
Kita pun tahu setiap manusia di dunia ini dilahirkan berpasangan dan jodoh itu merupakan rahsia Illahi. Dan semua orang mempunyai niat yang baik untuk membina rumah tangga bersama seseorang yang mereka cintai.
Usah risau dan jangan panik, ingatlah dengan 5 perkara ini jika anda masih belum bertemu jodoh.
- Anda bukan orang terakhir yang belum bertemu jodoh
Biasa lah zaman sosial media ini, ada sahaja update kawan-kawan yang sudah bertunang, sudah menikah malah ada yang sudah menimang cahaya mata. Tapi jangan risau bukan anda seorang yang masih bujang. Ramai sahaja lagi di luar sana yang bertemu lagi jodoh mereka. Percaya lah bahawa jodoh anda akan datang bila anda betul-betul sudah bersedia untuk berumah tangga.
- Jangan tertekan atau stress jika belum bertemu jodoh
Memang senang kalau nak berucap tapi nak melakukannya memang amat susah. Tapi biarkan diri anda bebas daripada merasa tertekan, selalu berfikiran positif bahawa satu hari nanti anda akan tamatkan juga zaman bujang.
- Jangan putus asa dengan jodoh
Ramai juga yang putus asa akan jodoh disebabkan hubungan yang sebelum ini. Mungkin disebabkan putus cinta ataupun takut untuk bercinta. Tapi jangan risau, dan jangan putus asa pasti ada di luar sana yang paling baik untuk diri anda. Tunggu masa saja.
- Manfaatkan masa menjadi orang bujang
Ini perkara yang penting yang ramai ambil mudah. Menghargai lah masa bujang yang anda ada, masa inilah anda kenal diri anda yang sebenarnya. Sayangi diri anda dahulu sebelum anda ingin menyayangi orang lain.
- Jangan menikah jika anda tidak bersedia
Jangan memaksa diri anda untuk menikah oleh kerana tertekan dengan peer pressure. Alam perkahwinan bukan sesuatu perkara yang mudah dan anda akan mengalami pelbagai cabaran. Tidak kira baru menikah, malah ada sudah menikah 30 tahun masih lagi ada cabaran dalam perkahwinan. Jadi jangan paksa pasangan ataupun diri anda untuk menikah jika diri ini betul-betul belum bersedia.
Sumber: wedpedia.com
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.