Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Nak Bentuk Keluarga Sakinah? 5 Tip Ini Untuk Anda

Sama-sama penuhi apa yang kurang.
Editor
18 Dec 2019, 04:26 PM

nak bentuk keluarga sakinah? 5 tip ini untuk anda

Kredit: Shutterstock

Semua orang inginkan kehidupan bahagia, rumahtangga menyenangkan dan keluarga yang tenang walaupun saat berdepan ujian. Iyalah, setiap orang ujiannya tak sama.

Untuk dapat kebahagiaan dalam keluarga sudah tentu kita perlu membentuk sebuah keluarga sakinah. Ada banyak cara yang boleh dilakukan untuk mendapat keberkatan dan ketenangan dalam isi rumah.

Selain solat berjamaah dan bermusyawarah dalam membuat keputusan, anda boleh lakukan 5 perkara ini seperti yang dikongsi oleh Ustaz Khairul Azhan Ahmat.

#1 Pastikan sumber rezeki dan kaedah mendapatkannya halal.

#2 Kongsi sebahagian daripada gaji dengan ibubapa yang tidak pernah lokek mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kita.

#3 Banyakkan mengaji.

nak bentuk keluarga sakinah? 5 tip ini untuk anda

Kredit: Freepik

#4 Doa secara spesifik.

#5 Bantu mereka yang memerlukan dengan bersedekah zakat. Bukankah tangan yang memberi itu lebih baik daripada yang menerima?

nak bentuk keluarga sakinah? 5 tip ini untuk anda

Kredit: Shutterstock

Tugas membentuk keluarga sakinah ni sudah tentu terletak kepada setiap ahli rumah, terutamanya ketua rumahtangga iaitu bapa yang bertindak sebagai nakhoda.

Salah satu peranan nakhoda ialah memastikan setiap anggota keluarga telah mengeluarkan zakat setelah cukup syarat. Ramai yang tahu tentang kewajipan menunaikan zakat pendapatan dan zakat fitrah di bulan Ramadan tetapi ramai tak tahu yang kanak-kanak pun kena bayar zakat, kan?

Ada banyak jenis zakat sebenarnya, bukan sekadar zakat fitrah dan zakat pendapatan je dan kewajipan berzakat ni terletak pada harta individu.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Lembaga Zakat Selangor (@zakatselangor) on

Anak kecil pun kena berzakat?  

Iya, kewajipan berzakat ni bukan sahaja kepada mereka yang sudah mempunyai pekerjaan tetap. Anak-anak kecil yang ada harta dalam bentuk wang simpanan pun kena keluarkan zakat.

Mengapa? Kerana dalam syarat wajib zakat tidak disebut tentang akil baligh. Yang ada hanya beragama Islam, sempurna milik, cukup nisab, cukup haul dan harta yang berkembang.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Lembaga Zakat Selangor (@zakatselangor) on

Jadi, kanak-kanak bawah 18 tahun pun wajib membayar zakat jika telah cukup syarat-syaratnya. Dan sudah tentu, kewajipan ini jatuh kepada tanggungjawab ketua keluarga.

Atas sebab itu, Lembaga Zakat Selangor mengadakan kempen Zakat@Family.

Inisiatif ini diadakan bagi menggalakkan suami atau bapa mendidik isteri, anak-anak, ibu dan bapa sendiri serta mentua serta anak-anak di bawah tanggungan untuk membayar zakat di Zakat Selangor bagi mereka yang tinggal atau bekerja di Selangor.

Jumlah bayarannya pun tak banyak, hanya 2.5 peratus je daripada harta yang ada.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Lembaga Zakat Selangor (@zakatselangor) on

Bukankah bagus kalau setiap individu dalam rumahtangga tunaikan kewajipan berzakat? Bukan je dapat sucikan harta, dapat pula bantu keluarga asnaf untuk menjalani hidup dengan lebih selesa.

Wang zakat yang dikumpul tu bukan sahaja membantu menyediakan keperluan bulanan asnaf, tetapi sebahagiannya sebagai suntikan modal untuk menjalankan perniagaan dan untuk menampung kos pendidikan keluarga asnaf fakir dan miskin.   

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Lembaga Zakat Selangor (@zakatselangor) on

Tapi jangan terlupa pula, bukan sahaja keperluan zakat anak kandung yang perlu dipenuhi oleh seorang ketua keluarga, tapi kesemua tanggungan yang berada di bawahnya. Golongan ini termasuklah anak tiri, anak yatim, Orang Kelainan Upaya (OKU) bukan mukallaf.

Tanggungjawab ini perlulah dipikul sekiranya anda mempunyai ibubapa yang uzur dan tidak mampu menguruskan harta mereka sendiri.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Lembaga Zakat Selangor (@zakatselangor) on

Besar, kan peranan ketua keluarga ni? Jadi, jangan bertangguh laksanakannya. Pergi je ke Pusat Zakat Selangor, kaunter-kaunter zakat atau lakukan secara atas talian. Tak perlu pening kepala nak kira sendiri, semuanya di hujung jari. Jom berzakat di Zakat Selangor.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Lembaga Zakat Selangor (@zakatselangor) on

Layari www.zakatselangor.com.my atau Instagram serta Twitter Zakat Selangor hari ini untuk info lanjut!

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}