Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

6 Kata-Kata Mufti Menk Ini Boleh Membakar Semula Semangat Anda

Jika anda merasa lesu dan sudah hilang arah tuju, ingatlah kata-kata yang mungkin boleh kembalikan semangat anda.
Editor
29 Mar 2020, 07:25 AM

6 kata-kata mufti menk ini boleh membakar semula semangat anda

Ada saat perjalanan hidup kita akan mengalami kesukaran sehingga kita hilang arah tuju dan menjadi buntu. Mungkin dengan kata-kata semangat daripada Mufti Menk boleh membakar semula semangat anda.

  1. Jangan Risau Dengan Perkara Yang Tidak Mampu Dikawal

“Mari, kita jujur pada diri. Kita semua risau tentang suatu perkara. Kita lakukannya setiap hari. Namun, usah risau dengan perkara yang tidak mampu kita kawal. Allah Yang Maha Besar tahu segenap perkara dalam hidup kita. Dia telah mempersiapkan kita secukupnya untuk menempuh cabaran hidup. Sabar, syukur dan percaya. Terimalah segalanya!”

  1. Anda Ditakdirkan Berada Di Mana Anda Berada

“Anda mungkin tidak berada di tempat yang anda ingini sekarang namun ketahuilah bahawa ia adalah sebahagian daripada perjalanan hidup. Anda perlu melaluinya sebelum bergerak ke tahap seterusnya. Ia sebahagian daripada perancanganNya. Terimalah perjalanan tersebut dan ketahuilah bahawa tidak ada yang kekal. Bersabarlah, dan percayakanNya!”

  1. Kejayaan Bukan Garis Lurus

“Adakah anda kadang kala merasakan bahawa anda mengambil dua langkah ke hadapan dan akhirnya terjatuh semula ke belakang. Hal ini berlaku kepada kebanyakan orang. Kejayaan bukan satu garis lurus. Banyak perkara yang mampu menghalang. Namun yang penting adalah tidak membiarkan cabaran menghalang anda daripada mencapai matlamat. Teruskan perjalanan. Anda akan sampai ke sana!”

  1. Allah Sedang Melindungi Keikhlasan Anda

“Usah gusar dan cemas jika usaha anda tidak mendapat pengiktirafan atau dikenali ramai. Ketahuilah bahawa Dia sedang melindungi keikhlasan anda daripada tercemar. Ingatlah bahawa yang paling penting, Allah menyukai amalan yang berterusan sekalipun kecil. Itulah yang paling bermanfaat untuk jangka masa panjang.”

  1. Jangan Putus Asa Apabila Berhadapan Dengan Kesusahan Pertama

“Jangan putus asa apabila keadaan menjadi sukar. Jangan berhenti apabila berhadapan dengan tanda-tanda kesusahan yang pertama. Hidup memang tidak mudah – ia adalah pergelutan yang sentiasa ada turun naiknya. Saat yang paling penting untuk anda bertahan adalah saat yang paling anda akan banyak diuji. Teruskan perjalanan. Percayalah padaNya!”

  1. Minta Kepada Allah Dengan Penuh Yakin

“Apabila anda meminta sesuatu daripada Allah, mintalah dengan penuh yakin. Minta dengan penuh rasa positif. Dia sentiasa mendengar dan tahu apa yang terbaik untuk anda. Jika apa yang diberikan seolah-olah bukan apa yang anda minta, fahamilah bahawa Allah menyimpan sesuatu yang lebih baik. Terimalah apa yang anda miliki sekarang dan terus pandang ke hadapan!”

Sumber: tzkrh.com

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}