Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Konvoi Bantuan ke Gaza: 9 Kapal Belayar, 6 Lagi Sedia Pecahkan Kepungan Israel

ROSTAM, Mohamad Firdaus
17 Sep 2025, 11:55 AM

konvoi bantuan ke gaza: 9 kapal belayar, 6 lagi sedia pecahkan kepungan israelFoto: Bernama

Konvoi bantuan antarabangsa ke Gaza pada Selasa mengumumkan bahawa sembilan kapal telah berjaya dihantar ke wilayah yang dikepung, dalam usaha memecahkan sekatan berbulan-bulan oleh Israel, lapor Anadolu Ajansi.

Menurut flotila Sumud Maghreb, enam lagi kapal – Mawal, Qaysar, Florida, Tiko, Saada dan Tamar – kini bersedia untuk berlayar.

⁠“Kami sudah menghantar sembilan kapal, terbaharu kapal Yaman pada Isnin malam,” kata Ahli Jawatankuasa Penganjur, Nabil Chenoufi.

Inisiatif dari Afrika Utara ini merupakan sebahagian daripada flotila antarabangsa melibatkan hampir 50 kapal yang membawa aktivis dari Eropah, Amerika Latin, Amerika Syarikat, Pakistan, India dan Malaysia.

Chenoufi menjelaskan, objektif utama konvoi adalah untuk menghantar sebanyak mungkin kapal bagi memecahkan sekatan Israel ke atas Gaza serta mewujudkan laluan selamat untuk bantuan kemanusiaan.

Dalam mesej video dari atas kapal Der Yassin, seorang lagi ahli jawatankuasa, Wael Nawar, berkata kapal-kapal terbabit kini berada di perairan antarabangsa menghampiri perairan Itali.

“Kapal kami berlayar rapat untuk bertemu dengan flotila dari Sepanyol dan Itali. Perjalanan ke Gaza dijangka mengambil masa sekitar lapan hari,” katanya.

Menjelang malam Ahad, sebanyak 16 kapal telah berlepas dari beberapa pelabuhan di Tunisia, termasuk Gammarth, Sidi Bou Said dan Bizerte. Kapal pertama konvoi global itu belayar dari Bizerte pada Sabtu, selepas kumpulan dari Barcelona (akhir Ogos) dan Genoa (1 September) bergerak terlebih dahulu menuju ke Tunisia.

Misi ini, yang mula digerakkan bulan lalu, dianggap berbeza daripada percubaan terdahulu yang hanya melibatkan sebuah bot dan dipintas Israel sebelum penumpangnya dihantar pulang.

Konvoi kali ini disifatkan sebagai yang terbesar seumpamanya, dengan matlamat mencabar sekatan Israel serta menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin yang kini berdepan kebuluran susulan penutupan lintasan masuk ke Gaza sejak beberapa bulan lalu.

Sejak Oktober 2023, tentera Israel dilaporkan telah membunuh hampir 65,000 penduduk Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak. Serangan berterusan itu bukan sahaja meragut nyawa, malah menjadikan Gaza tidak lagi sesuai didiami selain mencetuskan kebuluran dan penularan penyakit.

Sumber: Bernama

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us