
Foto: Berita Harian
Sembilan rakyat Palestin dilaporkan maut selepas tentera Israel terus melancarkan serangan dan tembakan ke beberapa kawasan di Semenanjung Gaza sejak awal pagi Khamis, lapor Agensi Berita WAFA.
Sumber perubatan mengesahkan lima mayat dibawa ke Kompleks Perubatan Al-Shifa di Bandar Gaza, tiga ke Hospital Al-Ahli Baptist, manakala satu lagi ke Hospital Nasser di Khan Yunis.
Insiden tragis itu berlaku hanya beberapa jam selepas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mengumumkan persetujuan awal bagi pelaksanaan gencatan senjata antara Israel dan Hamas.
Perjanjian itu dikatakan merangkumi penamatan perang di Gaza, pengunduran tentera Israel, kemasukan bantuan kemanusiaan, serta pertukaran tahanan antara kedua-dua pihak.
Sumber: Berita Harian
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.