Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Ada 6 Tanda Bahawa Ilmu Dimiliki Sudah Dimanfaatkan

Ilmu itu penting dalam kehidupan manusia, kerana dengan ilmu ia akan bertukar menjadi amalan.
Editor
03 Jul 2020, 06:24 PM

Ilmu itu penting dalam kehidupan manusia, kerana dengan ilmu ia akan bertukar menjadi amalan. Oleh itu, kita harus mempelajari ilmu yang baik.

Jadi, berikut adalah tanda bahawa ilmu yang dimiliki sudah dimanfaatkan.

ada 6 tanda bahawa ilmu dimiliki sudah dimanfaatkan

#1- Menjadi manusia yang takut kepada allah

Tanda ilmu itu telah memberi manfaat kepada seseorang adalah apabila dia menjadi takut kepada Allah. Seterusnya dia takut melakukan dosa dan maksiat serta sentiasa berusaha memperbaiki dirinya ke arah yang lebih baik.

“Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hambaNya, hanyalah orang-orang yang berilmu.” (Surah Al-Fathir 35:28)

#2- Mendatangkan sifat qanaah (selalu berasa cukup)

Al-Hasan Al-Basri berkata, “Sesungguhnya orang yang berilmu adalah orang yang zuhud pada dunia dan semangat mencari akhirat. Ia faham akan urusan agamanya dan rutin melakukan ibadah pada Rabbnya.”

#3- Mendatangkan sifat beradab

Ibnul Mubarak pernah berkata bahawa beliau lebih dahulu lama belajar tentang adab iaitu selama 30 tahun sedangkan ilmu dipelajari selama 20 tahun. Ia menjadi tradisi para ilmuwan terdahulu untuk lebih mendalami adab sebelum ilmu.

Jadi, sudah pasti adab itu tetap tidak akan hilang apabila sudah mencapai suatu ilmu.

ada 6 tanda bahawa ilmu dimiliki sudah dimanfaatkan

#4- Tawaduk

Tawaduk adalah sikap orang yang rendah hatinya kepada Allah serta dalam kehidupannya dengan manusia secara umum. Orang yang tawaduk sedar bahawa dia mungkin melakukan kesilapan, jadi dia mudah menerima teguran dan kebenaran daripada sesiapa pun.

#5- Ilmu Tidak Menjadikannya Sombong

Sekalipun sudah memiliki suatu ilmu, ia tidak menjadikan orang itu sombong. Dia tidak menunjuk-nunjuk apa yang diketahuinya di hadapan orang bagi meraih pujian dan kemasyhuran.

#6- Menjadi Seorang Yang Lebih Bertanggungjawab

Orang yang ilmunya bermanfaat juga akan menjadi lebih bertanggungjawab dalam hidup. Dia tahu bahawa ilmunya perlu diamalkan, jika tidak ilmu itu tidak ada gunanya.

Sumber: tzkrh.com

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}