Dalam Islam, ilmu dilihat secara lebih meluas bukan hanya bagi pencarian ilmu, malah termasuk sumber (daripada mana ilmu itu diambil) serta dalam hal mempraktikkannya.
Tidak semua ilmu bermanfaat, ada ilmu yang semakin membuat seseorang semakin lalai dan jauh daripada kebenaran. Ada juga ilmu yang semakin membuat kita sombong dan angkuh serta memandang rendah kepada orang lain.
Syeikh Abdurrahman bin Naasir al-Sa’di menjelaskan bahawa ada empat jenis ilmu yang tidak bermanfaat:
#1- Ilmu yang jelas membawa keburukan
Pertama, ia dikira sebagai ilmu yang berbahaya dan mendatangkan keburukan contohnya ilmu sihir yang jelas diharamkan dalam Islam. Contoh lain adalah seseorang yang membaca buku yang mengandungi kesesatan namun dia masih belum memiliki ilmu aqidah yang benar sebagai senjata untuk melindungi dirinya.
#2- Ilmu duniawi yang melalaikan daripada tanggungjawab
Kedua adalah keadaan di mana seseorang sibuk mencari ilmu duniawi sehingga akhirnya kesibukan tersebut menjadikan dia lalai daripada hal-hal yang utama.
Contohnya, kesibukan dia dalam mencari ilmu dunia telah menjadikan dia lalai daripada mendirikan solat tanpa sebarang keuzuran, atau lalai untuk menjalankan tanggungjawab kepada ibu bapa atau ahli keluarga. Dalam situasi ini, ilmu yang diperoleh juga dikira tidak bermanfaat di sisi Islam.
#3- Ilmu agama yang tidak diamalkan
Seterusnya ilmu agama juga dikira tidak bermanfaat bagi seseorang jika dia tidak mengamalkannya. Dia tahu yang mana yang baik dan yang mana buruk, yang mana benar, yang mana salah namun menolak serta tidak mengamalkannya.
#4- Ilmu yang menyebabkan tidak mahu ambil tahu tentang ilmu agama
Yang terakhir, pengajian ilmu moden seperti fizik, sosiologi, ekonomi, bahasa asing dan lain-lain juga dikira tidak bermanfaat jika ia menyebabkan seseorang itu tidak mengendah tentang ilmu agama atau terus berpaling daripada ilmu agama.
Seseorang yang terperangkap dalam perkara ini boleh menjadi keliru serta semakin menolak perkara-perkara daripada nas Al-Quran dan sunnah kerana dianggap ketinggalan zaman dan tidak tidak seiring dengan ilmu moden.
Sumber: tzkrh.com
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.