Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Beradab Lah Ketika Bersendawa Kerana Tidak Semua Dapat Terima Dengan Perkara Tersebut

Sendawa boleh berlaku disebabkan faktor ubat-ubatan atau penyakit.
Azwar
25 Feb 2021, 01:32 PM

adab bersendawa yang boleh diamalkan

Biasalah kalau dah kenyang, pasti akan terasa nak sendawa. Ia juga boleh berlaku disebabkan faktor ubat-ubatan atau penyakit.

Sendawa sebenarnya terjadi kerana adanya pelepasan gas-gas yang berasal dari saluran pencernaan terutamanya kerongkong dan perut yang melalui mulut.

Perbuatan sendawa adalah normal. Namun, ada adab yang perlu ditekankan oleh kita sendiri dalam bersendawa.

Jangan bersendawa tanpa adab kerana itu adalah perkara yang ditegah dan akan kelihatan kurang sopan.

adab bersendawa yang boleh diamalkan

#1 – Jangan mengeraskan suara

Ada sebahagian daripada kita yang akan bersendawa dengan mengeluarkan bunyi yang terlalu kuat sehingga menimbulkan ketidakselesaan kepada orang sekeliling.

Hal ini perlu dielakkan. Sebaiknya, cuba untuk merendahkan suara anda. Al-Mubarakfuri RA berkata:

“Perkataan nabi (tahanlah sendawamu agar tidak terdengar oleh kami) adalah perintah untuk menahan. Maksudnya mencegah sendawanya. Dalam riwayat lain melalui kitab Syarhus Sunnah: “Kurangi sendawamu!” Atau hadis ini juga bermakna bahawa larangan untuk sendawa maksudnya larangan untuk makan terlalu kenyang. Kerana makan terlalu kenyang akan menyebabkan sendawa.” (Tuhfatul Ahwadzi)

#2 – Anjuran Menutup Mulut

Seeloknya, tutuplah mulut tersebut dengan menggunakan tangan. Hal ini adalah untuk mengelakkan bau atau bunyi yang mengganggu sekeliling.

Syeikh Zakaria Al-Ansari RA berkata – “Perkataan penulis kitab Raudhatul Talib: “Jika seseorang menguap, disunnahkan untuk menutup mulutnya dengan tangannya. Namun, Ibnu Mulaqqin dan ulama lain berkata: “Yang lebih tepat ialah menggunakan belakang bahagian tangan kiri kerana sifatnya digunakan untuk menahan sesuatu yang mengganggu. Sama juga dengan sendawa.” (Asnal Mathalib Syarah Raudhatul Talib, 1/180)

#3 – Mengucapkan Hamdallah (Alhamdulillah)

Sendawa disebabkan kenyang itu merupakan nikmat yang Allah berikan kepada kita. Ada jumhur ulama yang berkata bahawa apabila kita sendawa atas nikmat kekenyangan, maka ucapkanlah terima kasih kepadaNya kerana Dia yang telah memberikan rezeki tersebut.

Namun, ada juga jumhur ulama yang menyebut, jika sendawa bukan disebabkan kekenyangan – sama ada penyakit atau angin, maka tidak perlu mengucapkan apa-apa.

Dan sebahagian daripada ulama mazhab Syafi’e yang menyebut bahawa jika sendawa itu merupakan sesuatu yang mengganggu, maka ia diqiyaskan dengan menguap. Jadi, lebih baik untuk mengucapkan ta’awudz – أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

Syeikh Abdul Muhsin al-‘abbad hafizahullah berkata – “Tidak ada dalil yang menunjukkan ada zikir tertentu setelah bersendawa. Namun, memang benar bahawa seseorang hendaknya memuji Allah dalam setiap keadaan. Dan rasa kenyang yang diperoleh itu adalah nikmat Allah. Maka, tidak mengapa untuk mengucapkan hamdallah.” (Syarah Sunan Abi Daud, 19/429, asy-Syamilah)

Sumber: tzkrh.com

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}