وَلَنَبْلُوَنَّكُم بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ ۗ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ
“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar”
Surah Al-Baqarah (2:155)
Perhatikan perkataan وَلَنَبْلُوَنَّكُم yang disebutkan dalam ayat di atas, ia sebuah perkataan yang menunjukkan kepastian bahawa Allah pasti akan menguji. Justeru setiap orang tidak akan terlepas daripada ujian tersebut, bezanya hanya cara Allah menguji.
Apakah jenis ujian-ujian tersebut?
Salah satu yang sering kita alami adalah ujian ketakutan. Takut kepada orang, takut jika hilang rakan, keluarga, takut jika tidak punya wang, takut dengan masa depan yang belum pasti serta bermacam-macam ketakutan lagi.
Namun suatu yang perlu kita yakini – Allah menguji pada kadar yang mampu kita hadapi.
Sumber: Mufti Menk
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.