Pejam celik, kita sudah berada di penghujung bulan Ramadan. Walaupun kita gembira dan teruja menjelang Syawal. Namun, hati ini akan merindui cahaya Ramadan.
Ramai mula mengejar malam Lailatul Qadar dan meningkatkan amalan ibadah pada malam-malam terakhir bulan Ramadan dengan harapkan dapt dipertemukan dengan malam Lailatul Qadar.
Namun, buat kaum wanita yang mungkin diuji dengan tidak dapat menunaikan ibadah puasa disebabkan kedatangan haid, pasti wujud perasaan hampa kerana tidak dapat melaksanakan ibadah pada 10 malam terakhir ini.
Jangan risau, ini bukanlah penghalang untuk anda daripada terus beribadah. Banyak saja amalan yang boleh anda lakukan.
#1 – Memberi Makanan Kepada Orang Yang Berpuasa
“Sesiapa yang memberi makan orang yang berpuasa, maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikit pun kurang pahala orang berpuasa.” (Hadis Riwayat Tirmizi, no. 807)
#2 – Gantikan Tarawih Dengan Zikrullah
Amalkan zikir yang selalu dilazimi dan yang mudah meniti di bibir kerana banyak pahala besar yang menanti anda.
“Dan orang-orang lelaki yang menyebut nama Allah dengan banyak serta orang perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak, Allah telah menyediakan bagi mereka keampunan dan pahala yang besar.” (Surah Al-Ahzab, 33:35)
#3 – Jangan Tinggalkan Amalan Berdoa Sebelum Berbuka
Berdoa itu tertakluk kepada semua manusia, sama ada anda berpuasa mahupun tidak. Justeru, buat anda yang diberi kelonggaran untuk tidak berpuasa, jangan tinggalkan amalan berdoa itu.
Ambil masa sejenak untuk berdoa kepadaNya sebelum waktu berbuka puasa.
“Dan tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepadaKu, nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya, orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina.” (Surah Ghafir, 40:60)
#4 – Bangun Malam Untuk Beribadah
Qiamullail tidak terhad kepada mereka yang ingin menunaikan solat sunat Tahajud semata-mata, namun lebih daripada itu.
Anda boleh berzikir, berdoa, membaca tafsir Quran, berselawat dan sebagainya. Banyak ibadat sunat yang boleh dilakukan.
Hal ini membuktikan bahawa, wanita yang dalam keadaan haid juga boleh bangun pada dua pertiga malam untuk melaksanakan qiamullail.
Sumber: tzkrh.com
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.