Di beberapa kuliah Allahyarham Tuan Guru Ismail Kamus, beliau sering kali berpesan tentang doa yang kita kena usahakan minta pada Allah SWT paling kurang sehari sekali ataupun paling baik setiap kali lepas solat fardhu.
Ini 5 doa yang paling banyak kali diulang oleh Tuan Guru.
Doa pertama
"Ya Allah, kurniakan pada aku/kami taufik dan hidayah sepanjang masa aku hidup dan jangan tarik nikmat ini hingga aku mati".
Apa guna hidup kita tanpa taufik dan hidayah? Itu adalah kerugian paling nyata.
Doa kedua
"Ya Allah, jadikan aku ini mencintaiMu dan cinta kepada orang yang cinta kepadaMu".
Orang paling cintakan Allah adalah Rasulullah SAW disusuli para sahabat & para ulama. Pasti seronok dapat bercinta dengan Rasulullah SAW kan?
Doa ketiga
"Ya Allah, gerakkan lidahku, hatiku untuk meminta ampun padaMu pada saat Kau bukakan pintu langit untuk terima permohonan ampun dan maaf hambaMu.”
Salah satu waktu Allah SWT buka pintu langit adalah waktu sepertiga malam. Mudah-mudahan Allah SWT bangunkan kita untuk tahajjud setiap malam.
Doa keempat
"Ya Allah, matikan aku dengan husnul khatimah dan Engkau redha padaku dan aku redha padaMu". Tiada siapa mampu menentukan kematiannya. Kita mohon saja kematian kita itu baik. Tiada yang lebih baik dari mati baik kerana setelah itu tiada lagi mati untuk kita.
Doa kelima
"Ya Allah, makbulkan doaku pada bila-bila masa aku mohon padaMu". Siapa tak mahu rasa doanya diterima dan makbul bila diminta. Dan doa makbul itu ada masanya dibuka Allah SWT. Mudah-mudahan dengan doa ini, Allah SWT gerakkan kita untuk berdoa setiap kali pada waktu Dia buka pintu penerimaan doa hambaNya.
Mudah-mudahan 5 doa ini akan gerakkan kita untuk terus istiqomah berdoa sekurangnya setiap kali selepas solat fardhu.
Moga ia menjadi perkongsian ini bermanfaat buat kita semua di dalam berhubungan dengan Allah SWT, sehingga cinta yang kuat timbul di dalam hati kita kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW.
Sumber: Majlis Ilmu
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.