Sihir pemisah ataupun turut dikenali sebagai sihir pelalau penghalang jodoh, turut berupaya untuk mencetuskan pergaduhan di antara ahli keluarga. Sihir seperti ini biasanya dihantar oleh seseorang yang mempunyai niat yang buruk atau jahat dan juga mempunyai tujuan tersendiri yang tidak elok.
Jika sihir pemisah ini dihantar pada pasangan suami isteri maka di antara mereka akan menunjukkan perubahan sikap terhadap pasangan masing-masing.
Fasa berlakunya perubahan jika dihantar sihir pemisah adalah seperti berikut:
Fasa 1: Mula timbul rasa benci
Fasa 2: Sering berlaku perselisihan faham
Fasa 3: Mempunyai perasaan tidak percaya akan pasangan
Fasa 4: Perasaan cemburu buta makin menjadi-jadi
Fasa 5: Sudah tidak mempunyai perasaan untuk bersama
Fasa 6: Semakin berubah rupa dengan sikap yang teruk
Fasa Terakhir: Akan meminta berpisah atau bercerai dengan pasangan
Cara yang paling baik untuk menghindari sihit adalah dengan mengamalkan ayat Kursi selepas solat, setiap pagi, petang dan juga sebelum tidur.
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda:
“Jika kamu hendak tidur, bacalah ayat Kursi sampai selesai satu ayat. Maka akan ada penjaga dari Allah untukmu, dan syaitan tidak akan mendekatimu sampai pagi.”
Hadis Riwayat Bukhari (2311)
Sumber: Pesona Pengantin
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.