Aktiviti berenang amat seronok dilakukan dengan keluarga lagi-lagi pada waktu cuti sekolah.
Tetapi jika anda merendam rambut dalam air kolam renang, ia boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan walaupun memakai serkup renang.
Sebab itu pentingnya untuk mencuci rambut dengan syampu selepas selesai berenang bukan sekadar bilas dengan air.
Ini kerana air kolam renang mengandungi klorin dan bahan kimia yang lain. Jadi, perkara yang terbaik untuk membersihkan saki-baki bahan-bahan tersebut daripada ia melekat di kulit kepala adalah untuk mencuci dengan baik.
Ia bukan sahaja boleh menyebabkan masalah kulit kepala, selain itu ia boleh membuat rambut anda kering jika tidak dicuci dengan syampu dan air bersih.
Jika aktiviti ini merupakan rutin harian anda atau anak-anak anda, disarankan untuk menggunakan syampu khas bagi menghilangkan klorin dan mampu menjaga kulit kepala serta memberi kelembapan.
Dan akhir sekali, selepas mencuci rambut, lebih baik biarkan rambut anda kering dengan sendirinya.
Sumber: Tempo.co
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.