Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Australia Umumkan Vaksin COVID-19 Selamat Dan Hasilkan Tindak Balas Antibodi

Jika ujian fasa terakhir lulus, vaksin tersebut akan siap dan diedarkan pada suku ketiga tahun 2021.
Editor
13 Nov 2020, 04:11 PM

Ujian awal terhadap vaksin COVID-19 yang berpotensi dibangunkan Universiti Australia dan CSL Ltd didapati selamat dan menghasilkan tindak balas antibodi, kata Menteri Kesihatan Australia, Greg Hunt, pada Jumaat.

Walaupun sedikit di belakang calon lain, vaksin dikembangkan University Queensland dan CSL kini akan memulakan tahap terakhir ujian, ujar Hunt.

australia umumkan vaksin covid-19 selamat dan hasilkan tindak balas antibodi

"Vaksin itu membuktikan ia selamat melalui ujian klinikal fasa satu dan terbukti menghasilkan tindak balas antibodi positif.

"Vaksin itu melakukan tugasnya. Terutama kepada golongan tua dan itu sangat penting memandangkan golongan paling berisiko peringkat global ialah warga tua," kata Hunt memetik laporan Reuters.

Jika ujian fasa terakhir lulus, Hunt berkata vaksin tersebut akan siap dan diedarkan pada suku ketiga tahun 2021.

Australia telah bersetuju untuk membeli 51 juta dos dari Universiti Queensland dalam masa yang sama, negara itu juga akan membeli vaksin AstraZeneca yang dibangunkan Oxford sekiranya lulus ujian peringkat terakhir.

Peningkatan kes COVID-19 yang telah membunuh 1.29 juta mangsa di seluruh dunia dan mengakibatkan kerosakan ekonomi menjadi dorongan bagi syarikat farmaseutikal berlumba-lumba membangunkan rawatan berkesan untuk penyakit ini.

australia umumkan vaksin covid-19 selamat dan hasilkan tindak balas antibodi

Beberapa calon termasuk yang dihasilkan Pfizer Inc dan AstraZeneca dijangka akan segera mengumumkan keputusan ujian peringkat terakhir.

Pfizer pada awal minggu ini berkata, vaksin COVID-19 yang dibangunkan syarikat itu bersama BioNTech didapati mempunyai 90 peratus keberkesanan berdasarkan percubaan awal.

Begitu juga data penghasilan vaksin COVID-19 yang sedang dibangunkan kumpulan penyelidik dari Universiti Oxford bersama syarikat gergasi farmasi, AstraZeneca mungkin tersedia dalam beberapa minggu lagi.

Tidak ketinggalan vaksin Sputnik V yang dibangunkan di Rusia yang mana melaporkan keberkesanannya mencapai tahap 92 peratus.

Sementara itu, China bangunkan tiga vaksin ketika ini yang juga telah memasuki ujian fasa ketiga.

Secara keseluruhan, lebih 150 vaksin COVID-19 sedang dibangunkan di seluruh dunia dengan beberapa menunjukkan potensi yang baik.

Sumber: Awani

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}